SENARAI PENTING KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan adalah dokumen penting yang merangkumi maklumat terperinci tentang idea perniagaan, objektif, strategi, struktur organisasi, model perniagaan, dan banyak lagi.

Ia berfungsi sebagai panduan bagi usahawan untuk merancang dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.

Bagaimanakah kita boleh menyediakan kertas kerja rancangan perniagaan yang komprehensif? 

Di bawah ini adalah beberapa tajuk penting yang perlu disertakan dalam kertas kerja rancangan perniagaan.

Setiap tajuk mempunyai sub-tajuk yang perlu anda sediakan.



BERIKUT ADALAH ELEMEN PENTING UNTUK MENYEDIAKAN KERTAS KERJA DAN RANCANGAN PERNIAGAAN


1.0 PENDAHULUAN

Merupakan bahagian pertama dalam kertas kerja. Maklumat ringkas mengenai syarikat.

1.1 Latar belakang perniagaan

Menerangkan mengenai sejarah penubuhan syarikat dan secara ringkas idea penubuhan syarikat.

Termasuk cita-cita dan halatuju syarikat secara ringkas.

1.2 Matlamat dan objektif perniagaan

Senarai sekurang-kurangnya 4 Matlamat atau objektif perniagaan.

Objektif merujuk kepada tujuan anda menubuhkan syarakat. Contohnya untuk membantu komuniti setempat atau meningkatkan ekonomi setempat.

1.3 Penyataan visi dan misi perniagaan

Visi adalah konsep atau matlamat yang hendak dicapai. Visi berkaitan dengan matlamat utama secara keseluruhannya. Visi hanya dibuat menggunakan satu baris ayat sahaja.

Visi hendaklah mengandungi tempoh atau tahun untuk mencapai matlamat tersebut dan mengandungi sasaran atau cita-cita pada tahap tertentu.

Contoh Visi adalah "syarikat XYZ akan menjadi syarikat pembekal nombor 1 di seluruh Malaysia Menjelang 2050"

Misi adalah senarai aktiviti untuk mencapai Visi. Kebiasaannya Misi mempunyai sekurang-kurangnya 4 senarai.

Contohnya Visi syarikat XYZ adalah seperti di atas. Maka untuk mencapai Visi tersebut. Syarikat XYZ perlu memenusi senarai Misi seperti berikut:

  • "Sentiasa memastikan kawalan mutu atau kualiti produk dalam keadaan maksimum untuk jaminan kepuasan pelanggan"
  • "Sentiasa mengemaskini kaedah pengurusan yang produktif dan komprehensif bersesuaian dengan teknologi terkini"
  • "Mendengar, memahami dan memperbaiki aktiviti dan operasi syarikat bagi memastikan syarikat sentiasa releven dalam pasaran"
  • "Menjaga kebajikan pasukan operasi dan orang awam agar produk dan perkhidmatan selamat yang memberi mafaat kepada Negara"

1.4 Biodata Syarikat

Maklumat mengenai nama syarikat mengikut sijil pendaftaran, No pendaftaran syarikat, Bidang perniagaan, pegangan saham, akaun bank, no akaun bank syarikat, email syarikat dan no tel syarikat.

Tujuan biodata ini adalah untuk menunjukkan kedudukan syarikat dan cara untuk menghubungi syarikat.

2.0 ANALISIS PASARAN

Analisa pasaran Merupakan kajian terperinci mengenai keadaan pasaran dan impak kepada produk/perkhidmatan. Antara tool yang boleh digunakan untuk membuat analisis adalah dengan menggunakan SWOT dan BMC.

2.1 Kajian pasaran dan penilaian industri

Penerangan mengenai potensi produk/perkhidmatan berdasarkan kehendak pasaran dan trend terkini yang menyumbang kepada impak permintaan pasaran.

Kajian ini juga meliputi dari sudut kaedah perkhidmatan, label, pembungkusan, khidmat pelanggan dan sebagainya.

2.2 Segmen sasaran dan sasaran pasaran

Bahagian yang paling mengelirukan usahawan yang belum benar-benar faham mengenai produk/perkhidmatan mereka.

sekmen pasaran merujuk kepada individu secara spesifik seperti jantina, geografi, umur, minat, status perkahwinan dan sebagainya.

Produk/perkhidmatan anda tidak dibeli oleh semua orang dari bayi hingga dewasa serta tidak kira jantina. Jika itu jawapan anda, maka anda belum memahami segmen pasaran anda.

2.3 Analisis pesaing

Memahami bagaimana pesaing mengusai pasaran. Bukan sekadar melihat tawaran harga sahaja.

Memahami dari sudut kaedah perkhidmatan, label, pembungkusan, tawaran menarik, strategi dan sebagainya.

Setelah anda memahami pesaing. Anda perlu sediakan keunikan produk/perkhidmatan anda yang membezakan anda dengan pesaing atau lebih baik dari pesaing.

2.4 Peluang dan ancaman pasaran

Anda boleh menggunakan analisis SWOT untuk mengisi bahagian ini.

Sebelum anda menyenaraikan analisis SWOT, terlebih dahulu anda perlu memahami bagaimana menggunakan analisis SWOT.

3.0 Produk atau Perkhidmatan

Penerangan secara terperinci mengenai produk dan perkhidmatan. Penerangan yang memberi keyakinan bahawa produk/tersebut bermutu tinggi serta mempunyai permintaan di pasaran.

Tunjukan ciri-ciri seperti keselamatan, pembungkusan, label, keunikan atau nilai yang membuatkan ianya diperlukan oleh pengguna.

3.1 Penjelasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

Senaraikan gambar, harga dan maklumat produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Pastikan anda menunjukkan potensi dan keunikan produk/perkhidmatan tersebut.

3.2 Keunikan produk atau perkhidmatan

Ceritakan secara ringkas perbezaan produk/perkhidmatan anda dengan yang ada dipasaran. Bahagian ini diterangkan pada bahagian cadangan nilai (value proposition) di dalam BMC.

Ini akan menonjolkan keunikan produk/perkhidmatan yang akan menjadi releven untuk sekmen pasaran anda.

3.3 Nilai tambah kepada pelanggan

Bahagian ini lebih kepada memahami bagaimana produk/perkhidmatan anda dapat menyelesaikan masalah pelanggan.

Mengapa pelanggan memerlukan produk/perkhidmatan anda? Apakah kesan jika pelanggan tidak mengambil produk/perkhidmatan anda? Apakah kesukaran yang mereka hadapi yang anda selesaikan.

3.4 Penyelidikan dan pembangunan produk

Antara bahagian penting untuk membina keyakinan mengenai produk/perkhidmatan.

Contohnya, jika anda menjual makanan maka anda harus sediakan maklumat nutrisi, kandungan, sijil halal dan sebagainya yang mengukuhkan kepercayaan terhadap produk.

Jika ianya perkhidmatan. Tunjukan kajiselidik atau maklumat kajian mengenai potensi perkhidmatan pada masa hadapan.

4.0 Strategi Pemasaran

4.1 Strategi pemasaran dan promosi

Senaraikan kaedah pemasaran dan promosi. Contoh kaedah pemasaran dan promosi adalah seperti mengiklankan produk dan perkhidmatan melalui laman sosial yang merupakan trend terkini.

Selain daripada itu, anda juga boleh menyenaraikan kaedah lain seperti mencetak banting, banner, risalan dan sebagainya.

Maklumkan capaian yang boleh anda dapat melalui kaedah-kaedah yang anda gunakan dan anggaran potensi pelanggan yang akan membayar atau menggunakan produk/perkhidmatan anda.

Bahagian ini termasuk dalam elemen "Saluran (Channel)" di dalam BMC.

4.2 Penentuan harga

Menentukan harga bukanlah hanya bersandarkan harga semasa di pasaran. Ianya juga meliputi beberapa perkara iaitu kos yang ditanggung semasa menghasilkan produk/perkhidmatan.

Harga hendaklah melebihi 30% hingga 60% dari harga yang ditawarkan di pasaran.

Terikut-ikut dengan harga orang lain atau bersaing dengan menurunkan harga bukanlah langkah yang terbaik untuk zaman maklumat di hujung jari.

4.3 Penjelasan saluran pengedaran

Bahagian ini termasuk di dalam elemen "Saluran (Channel)" di dalam BMC. Penerangan bagaimana kaedah anda menyalurkan produk/perkhidmatan.

Antara yang boleh digunakan adalah melalui kaedah ejen, jualan secara atas talian, membuat konsimen, jualan pukal dan sebagainya.

Bagaimana kaedah yang anda gunakan untuk mencapai pelanggan atau pergerakkan produk dari setelah barang siap hingga sampai ke tangan pelanggan.

4.4 Aktiviti pemasaran dalam talian

Apakah persediaan anda untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan menggunakan kaedah digital?

Antaranya penyediaan laman web e-dagang atau menggunakan blog dan sebagainya. Tunjukan alamat laman sesawang anda dan screenshot laman web anda.

Masukkan sekali paparan facebook page, tiktok, youtube, instagram dan sebagainya bagi meningkatkan keyakinan daripada pihak yang berkepentingan.

5.0 Struktur Organisasi dan Pengurusan

5.1 Struktur organisasi perniagaan

Bahagian sumber manusia. Kaedah anda mengoperasikan perniagaan anda dengan meletakkan pekerja di dalam carta organisasi.

Cuba sedaya upaya supaya lebih nampak profesional dan tersusun dalam carta organisasi.

5.2 Pemilik dan pengurus perniagaan

Mengandungi nama pemilik, pengalaman berkaitan dengan bidang dalam syarikat, no tel, email dan tahap pendidikan.

ini bertujuan untuk menunjukkan pemilik syarikat mempunyai kekuatan atau pengetahuan untuk membawa syarikat pergi lebih jauh.

5.3 Penjelasan peranan dan tanggungjawab

Bahagian yang menjelaskan dengan lebih terperinci fungsi dan peranan pekerja yang memegang jawatan di dalam organisasi anda.

Setiap peranan hendakkan memenuhi keperluan operasi daripada pembelian bahan mentah sehinggalah produk sampai kepada pengguna terakhir dan tindakkan selepas jualan.

6.0 Analisis Kewangan

6.1 Senaraikan aset

Senaraikan aset yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti perniagaan seperti mesin, kenderaan, tanah dan sebagainya.

Aset adalah secara lansung memberi impak kepada aktiviti operasi perniagaan.

6.2 Anggaran perbelanjaan dan pendapatan

Merupakan bahagian penyata untung rugi yang melibatkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang akan menghasilkan keuntungan/kerugian bersih.

Kebiasaannya perbelanjaan dibahagian kepada beberapa bahagian iaitu belanja tetap, belanja operasi, belanja peralatan, belanja stok, belanja pemasaran dan perbelanjaan undang-undang.

Elakkan memasukkan belian aset di dalam belanja peralatan. Ini kerana belian aset tidak di iktiraf sebagai belanja kerana aset adalah barang yang mempunyai nilai yang boleh dijual semula dengan nilai yang tinggi.

6.4 Analisis kewangan

Dengan menggunakan bajet yang telah disediakan. Anda perlu membuat anggaran kenaikan pendapatan pada tahun ke-dua dan ke-tiga jika perlu.

Kenaikan pendapatan hendaklah selari dengan kenaikan dan penurunan bajet perbelanjaan. Ianya perlu bersesuaian dengan isu semasa yang mungkin memberi impak kepada harga barangan.

Setiap nilai yang dimasukkan hendaklah mempunyai sebab yang realistik dan bukan hanya memasukkan nombor semata-mata.

7.0 Pelan Operasi dan Pengurusan

Mengenai produktiviti anda bagi memastikan produk/perkhidmatan dalam keadaan maksimum apabila sampai kepada pengguna akhir.

7.1 Proses operasi

Sediakan dalam bentuk gambar rajah atau poin-poin penting setiap proses dari awal produk dibuat sehingga sampai kepada pengguna akhir.

Proses ini termasuklah menguruskan sumber tenaga pekerja, modal, bahan mentah, rangkaian perniagaan dan sebagainya.

7.2 Sumber dan bekalan

Senaraikan pilihan sumber yang ada. Ini menunjukkan anda mempunyai kekuatan dalam produktiviti perniagaan anda.

Contoh sumber adalah bahan mentah atau kos lansung. Selain itu terdapat beberapa sumber perlu diambil kira.

Antaranya sumber modal, sumber tenaga, sumber rangkaian, bahan mentah dan sebagainya.

7.3 Sistem pengurusan

Apakah sistem yang anda gunakan untuk menguruskan sumber atau anda boleh tunjukan kaedah pengurusan sumber.

Antaranya, anda boleh menggunakan sistem kawalan inventori, sistem pos, sistem HR, sistem perakaunan dan sebagainya.

Terdapat banyak sistem yang ada dipasaran yang boleh anda gunakan. Ianya menjimatkan masa dan menyimpan data dengan lebih cepat dan tepat.

7.4 Peraturan dan kepatuhan

Beberapa perkara perlu anda patuhi bagi memastikan aktiviti perniagaan anda tidak mengganggu keselamatan awam.

Selain itu, setiap aktiviti perniagaan anda mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Antaranya laporan percukaian, KWSP, PERKESO, akta tenaga kerja, akta makanan atau apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan anda

8.0 Risiko dan Kecelakaan

8.1 Mengenalpasti risiko perniagaan

Setiap perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Jika anda gagal melihat risiko, ini bermakna anda belum bersedia untuk menjadi usahawan.

Risiko tidak dapat di elak tetapi ianya dapat dikawal dengan kaedah-kaedah yang sesuai.

Ceritakan secara ringkas mengenai risiko yang akan dihadapi perniagaan atau sediakan dalam bentuk poin-poin sahaja.

8.2 Strategi pengurusan risiko

Bahagian ini menunjukkan tahap profesional anda dalam menguruskan risiko. Bagaimana anda menghadapinya dan langkah-langkah yang di ambil.

Daripada maklumat risiko di atas. Ceritakan secara ringkas, bagaimana anda menguruskan risiko atau mengawal risiko tersebut.

8.3 Perlindungan takaful/insuran

Semak tawaran perlindungan yang terdapat di pasaran bagi mengurangkan risiko atau salah satu kaedah untuk menghadapi risiko.

Terangkan secara ringkas pakej yang mampu melindungi anda atau perniagaan anda dari sudut kewangan yang mungkin terganggu disebabkan risiko.

8.4 Pelan pemulihan kecemasan

Cara berfikir yang kritis diperlukan bahagian ini. Bagaimana persediaan anda untuk menghadapi risiko atau anda mempunyai plan strategik bagi memulihkan perniagaan jika menghadapi situasi yang sukar.

Antara contoh yang boleh anda ambil adalah ketika negara dan dunia menghadapi serangan pandemik.

9.0 Penutup

Bahagian terakhir yang menerangkan secara ringkas mengenai catatan yang dibuat di atas.

Anda boleh memasukkan isi-isi penting seperti harapan. Impak perniagaan anda kepada komuniti setempat dan negara.

9.1 Ringkasan keseluruhan perancangan perniagaan

Terangkan secara ringkas. Apakah bayangan anda jika setiap inci rancangan perniagaan dibuat dan apakah impian anda melibatkan impak kepada komuniti.

9.2 Pelan tindakan dan jadual pelaksanaan

Langkah-langkah awal, pertengahan dan akhir bagi memastikan rancangan perniagaan anda dilaksanakan.

9.3 Penilaian keberhasilan dan kriteria kejayaan

Ceritakan secara ringkas sasaran atau matlamat anda dan apakah ukuran kepada kejayaan rancangan perniagaan anda.


Setiap tajuk ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan diisi dengan maklumat yang relevan. 

Dalam menyusun kertas kerja rancangan perniagaan, pastikan untuk merujuk kepada sumber yang dipercayai dan membuat penyelidikan yang komprehensif. 

Kertas kerja yang lengkap dan terperinci akan membantu memberikan panduan yang jelas dan memberikan kefahaman mendalam tentang perniagaan yang akan dijalankan.

Sebagai penutup, menyediakan kertas kerja rancangan perniagaan yang baik adalah langkah penting dalam merancang perniagaan yang berjaya.

Ia membantu mengenal pasti matlamat, strategi, dan langkah-langkah yang perlu diambil. 

Dengan menggunakan senarai tajuk penting yang telah disebutkan, anda boleh memulakan penyusunan kertas kerja rancangan perniagaan yang komprehensif dan efektif.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama