LANGKAH MENJADI YOUTUBER DAN TIPS MENARIK

langkah-langkah menjadi youtuber malaysia
BAGAIMANA MENJADI YOUTUBER

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara ringkas bagaimana untuk menjadi youtuber. Sebagai youtuber, anda perlu tahu terma dan syarat yang dikenakan youtuber. Bagi memastikan channel anda monetize atau boleh menjana pendapatan dari Google Adsense, anda kena pastikan Channel Youtube anda mencapai kreteria 1000 subscriber dan 4000 jam (240,000 minit) tontonan dalam masa setahun atau 365 hari. Semua ini anda boleh rujuk di Youtube analitik.

Tidak semestinya anda hanya mengharapkan Google Adsense membayar anda hasil dari video yang anda muat naik. Anda juga boleh membuat jualan dengan menggunakan youtube, menggunakan affiliate, menerima bayaran promosi produk usahawan,  menjual cenderamata channel dan sebagainya. Sementara menunggu channel anda monetize ada mendapat kelayakan sebagai partner youtube. Anda boleh menggunakan kaedah lain untuk menjana pendapatan dalam youtube.

Saya mempunyai pengalaman mengurus program youtuber yang mengajar masyarakat Sarawak. Antara lokasi yang kita buat program adalah di Kuching, Samarahan, Lawas, Dalat, Miri, Simanggang dan Gedong. Pengalaman ini saya kongsikan. Jika anda mempunyai kelayakan mengajar. Saya boleh kongsikan kertas kerja (proposal) yang saya buat untuk menjalankan program youtuber. Saya bagi percuma je dan kalau nak bayar jugak. Gunakan wang itu untuk bersedekah membantu orang susah.

Jika anda mencari tempat untuk belajar atau berguru menjadi youtuber. Anda boleh klik butang di bawah untuk mendaftar.

JOM KITA LIHAT LANGKAH-LANGKAH MENJADI YOUTUBER



DAFTAR GMAIL

Ini merupakan langkah pertama untuk menjadi youtuber.  Youtube sendiri dimiliki oleh Google. Pastikan anda memasukkan secondary email dan nombor telefon yang anda guna serta boleh ekses bagi memastikan anda tidak kehilangan akaun yang anda cipta. Pastikan anda lakukannya kerana ini adalah jaminan keselamatan akaun anda.

YOUR CHANNEL

Layari www.youtube.com dan klik bahagian profile anda yang mempunyai gambar anda atau yang bertanda logo huruf pertama dalam nama anda. Butang ada di sebelah kiri anda. Klik bahagian tersebut dan pilih "yout channel". Tahniah, anda sudah memiliki channel youtube anda sendiri. Banyak yang boleh dilakukan di bahagian ini.

Anda semak ciri-ciri yang terdapat dalam "customize channel" dan "youtube studio". Ini bahagian penting untuk anda fahami. Saya hanya sentuh bahagian penting sahaja dalam artikel ini.

CHANNEL ART

Youtube yang biasa dengan youtube akan memanggil bahagian ini sebagai Channel Art. Manakala yang lain ada juga memanggilnya sebagai header atau youtube cover. Paling tepat adalah Channel art. Channel art amat membantu memperkenalkan channel anda. Apakah bahan yang anda sajikan dalam channel anda. Anda boleh menggunakan adobe photoshop atau canva untuk membuat channel art ini.

Cadangan saiz channel art anda adalah 2560 pixel x 1440 pixel dengan saiz file 6mb

ABOUT

Bahagian yang selalu ditekankan oleh otai-otai youtuber. Bahagian untuk pelayar mengenali dan memahami channel anda. Nyatakan tentang anda dan channel anda. Masukkan link yang boleh membantu pelayar untuk menghubungi anda. Otai-otai youtuber lebih suka channel yang mempunyai bahan tidak bercampur dan kebanyakkan yang berjaya adalah channel youtube yang mempunyai fokus bahan. Contohnya Channel Youtube Brojep yang memfokuskan pendidikan youtuber, Shirly & Nomi yang banyak berkisar tentang kehidupan, Iqbal bercakap mengenai Sarawak dan sebagainya.

Di akhir artikel ini, saya akan memberi link di mana anda boleh belajar tentang youtube dengan lebih mendalam.

SUNTINGAN VIDEO (EDIT VIDEO)

Dalam membut suntingan video. Bahagian paling penting untuk memudahkan suntingan adalah anda kena bayangkan, bagaimana video yang anda inginkan selepas ianya dibuat suntingan. Cara mengambil video amat penting kerana jika salah teknik, video anda akan nampak tidak teratur. Ini adalah tips mengambil video:

  • Pastikan anda mengambil video horizontal (melintang) dan bukan menegak.
  • Cahaya berada di belakang anda untuk subjek di hadapan anda
  • Aturan video dalam keadaan 720p atau lebih daripada itu
  • Jangan terlalu bergoyang semasa mengambil video

Berikut ini adalah tips menyunting video:

  • Sediakan video intro 5 saat yang merujuk kepada logo dan tagline anda pada awal dan akhir video
  • Banyakkan info dalam bentuk voice over atau bercakap terus atau teks
  • Jangan terlalu bermain dengan transilang
  • Pastikan penerangan jelas sama ada dalam bentuk audio atau teks
  • Pastikan video anda lebih 3 minit.
  • Kalau boleh guna bahasa english untuk meletakkan video anda dalam rujukan global. Kalau boleh lah kan. Kalau tak boleh takpe.

THUMBNAIL

Anda boleh buat dengan menggunakan canva atau adobe photoshop. Thumbnail amat penting untuk menarik minat pelayar klik pada video anda dan kemudian anda ada 3 saat untuk menarik minat pelayar untuk terus menonton video anda.

Teks yang terdapat dalam thumbnail tidak perlu terlalu banyak. Banyakkan gambar. Teks yang diletakan dalam thumbnai tidak semestinya mengikut tajuk video yang ada sediakan. Teks adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelayar untuk klik video youtube anda. Teks hendaklah mempunyai komposisi soalan atau sesuatu yang baru atau menarik perhatian atau ingin tahu atau emosi.

MUAT NAIK VIDEO

Anda boleh menggunakan browser atau aplikasi youtube untuk memuatnaik video anda. Saya cadangkan anda muat nait dengan meletakkan video tersebut sebagai private terlebih dahulu dan kemudian anda boleh menggunakan YT Studio untuk schedule video anda serta memasukkan thumnail. Saya cadangkan jadual video anda waktu tengahari dan malam selepas jam 8.30 malam.

Pastikan tajuk anda ringkas dan mudah untuk dicari. Menepati bahan yang terdapat dalam video. Bagimanakah meletakkan tajuk yang terbaik. Pada pendapat saya, anda hendaklah belajar memahami Search Engine Optimization (SEO). Ini akan membantu video anda ditonton dengan konsisten walaupun jumlah tontonan menaik secara tidak drastik.

YT STUDIO

Aplikasi yang disediakan oleh youtube untuk memudahkan youtuber memantau aktiviti video yang dimuat naik. YT Studio memberitahu analisis tontonan, komen dan aturan video yang anda muat naik. Anda boleh mengenalpasti video jenis apa yang mendapat tontonan yang terbaik.

Semak bahagian "Audience Retention" untuk melihat data berapa lamakah penonton menonton video yang anda muat naik. Jika data tersebut tinggi, ini bermakna anda perlu menyediakan video berkonsep yang sama.

KONGSIKAN

Jangan lupa selepas selesai semua perkara di atas. Anda telah berjaya muat naik video anda ke youtube. Kongsikan video anda di facebook personal anda, facebook page, instagram, twitter, whatsapp, wechat dan pelbagai lagi sosial media serta medium komunikasi. Sebelum saya terlupa. Facebook page beloya2u juga membantu youtuber mempromosi video youtube berkaitan dengan lokaliti yang mempromosikan sektor perlancongan meliputi budaya, adat, tradisonal, sejarah, makanan, tempat dan acara masyarakat. Boleh like dan follow facebook page beloya2u dan pm di messengger link youtube anda. Nanti admin sana akan post kat wall. [klik sini untuk ke facebook page beloya2u]

Jika anda tidak kongsi, bagaimana orang nak tahu kewujudan channel atau video anda. Jangan lupa kongsi dan bersosial di youtube. Jika ada rakan youtuber komen di channel anda, jangan lupa untuk membalasnya. Jika rakan youtuber subscribe channel anda. Jangan lupa untuk subscribe balik.

Nah!! ini youtube saya. Subscribe ye. Makaseh. He he




BELAJAR ONLINE

Ini adalah info bonus. Saya cadangkan anda untuk mengikuti channel brojep untuk belajar lebih lanjut mengenai youtube. Belajar kaedah audio visual subscribe brojep.



atau anda boleh terus ke youtube academy dengan klik link ini [https://creatoracademy.youtube.com/]

__________________________

Semoga artikel ini memberi mafaat kepada anda semua dan jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan yang lain.

Untuk belajar secara terus asas untuk menjadi youtuber. Anda boleh klik butang di bawah untuk berguru

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama