KATA GANTI NAMA SEBUTAN DALAM BAHASA SARAWAK


Dalam Bahasa Sarawak atau dialek Melayu Sarawak. Kata ganti nama banyak dipengaruhi oleh Bahasa Malaysia.

Artikel ini adalah kefahaman bacaan buku Dialek Melayu Sarawak daripada Mohd. Ali Salem. Anda boleh dapatkan buku ini di DBP yang terdekat ATAU anda boleh klik butang beli di bawah.
BELI
Buku Dialek Melayu Sarawak oleh Mohd. Ali Salem

Penulisan artikel adalah gabungan pengetahuan peribadi dan kefahaman hasil pembacaan.

Dalam penulisan kali ini, kami akan berkongsi kata ganti nama yang digunakan oleh masyarakat Sarawak dalam perbualan harian mereka.

Contoh kata ganti nama yang biasa digunakan oleh masyarakat Sarawak adalah seperti berikut:

  1. Saya = Kamek
  2. Awak = Kitak
  3. Kekasih = Gerek
  4. Mereka = Sidak
  5. Kita = Kamek Orang
  6. Nyo = panggilan umum untuk lelaki
  7. Ngek = panggilan umum untuk perempuan
  8. Yo = Itu
  9. Sinun = Sana
  10. Sia = Sana
  11. Sitok = Sini
  12. Dimana? = Sine?

(anda boleh cadangkan perkataan dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)

Contoh penggunaan kata ganti nama adalah seperti berikut:

  1. Mereka berlari menuju ke pantai = sidak berekot nuju ke pantei
  2. Awak buat apa = Nyo papolah
  3. Awak tengok apa = kitak nangga apa
  4. Awak sudah makan = dah makan ngek
  5. Dia kekasih awak ke = Ya gerek kitak ka
  6. Awak nak ke mana? = Nak pegi sine nyo?
  7. Awak dah kenapa? = Pahal kau nyo?
  8. Siapakah pemilik barang ini? = Sapa pun barang yo?
  9. Saya datang dari sana = Kamek datang dari sinun
  10. Awak buat apa kat sana? = Papolah ko sio?
(anda boleh cadangkan perkataan dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)


Nota penting:
Kata ganti nama "Ngek" kebiasaannya digunakan untuk kawan-kawan benar-benar rapat sahaja dan untuk perempuan.

Manakala "Nyo" lebih umum digunakan untuk orang dikenali dan tidak dikenali dan kebiasaan untuk lelaki.

Perkataan "kitak" dan "kamek" biasa digunakan sebagai tanda hormat. Terutama orang yang baru dikenali.

Perkataan "kau dan aku" biasa digunakan untuk orang yang rapat atau sama umur atau yang lebih muda. Sebagai tanda keserasian maksima.

Perkataan "Sio dan Sinun" boleh digunakan secara bebas. Asal perkataan adalah dari lokasi berbeza. "Sio" banyak digunakan di pedalaman dan "Sinun" di kawasan bandar.

Anda boleh membuat rujukan dalam artikel "Belajar Bahasa Sarawak" dan "Memahami susunan dan makna Bahasa Sarawak" untuk meningkatkan penguasaan anda.

1 Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama