MEMAHAMI SUSUNAN DAN MAKNA BAHASA SARAWAK

Bahasa Sarawak atau lebih dikenali sebagai Dialek Melayu Sarawak merupakan bahasa yang luas digunakan di Sarawak.

Sehingga pernah digunakan sebagai bahasa pengantar semasa Brooke membuat ucapan dalam Majlis yang berlansung pada tahun 1934 (Dialek Melayu Sarawak E2 James T.Collins MS 11)

Dalam artikel ini agak berbeza dengan pendekatan artikel "Belajar Bahasa Sarawak" yang telah lama diterbitkan dalam web ini pada tahun 2009.

Artikel Kali ini adalah kefahaman hasil bacaan beberapa buku seperti Dialek Melayu Sarawak Edisi 2 James T.Collins, Dialek Melayu Sarawak oleh Mohd. Ali Salim dan beberapa buku lain. Anda juga boleh klik butang di bawah untuk membeli buku tersebut. 
belajar bahasa sarawak
Buku Dialek Melayu Sarawak oleh Mohd Ali Salim

belajar bahasa sarawak
Buku Dialek Melayu Sarawak Edisi 2 James T.Collins


Anda boleh dapatkan buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) caw Sarawak, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya Kuching.

Artikel ini adalah penerangan ringkas dan hanya menyentuh sebahagian buku tersebut dan selebihnya adalah pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.

KEMASKINI : 03.10.22

Perkataan yang berakhir dengan a dan o
  1. Ada = Ado 
  2. Gila = Gilo
  3. Kira = Kiro
  4. Meja = Mejo
  5. Sapa = Sapo
  6. Nya = Nyo
  7. Gaya = Gayo

(anda boleh cadangkan ayat dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)

Perkataan yang menggunakan e pepet dan e taling.

  1. Berlari = Berekot
  2. Rama-rama = Kelebar
  3. Kencing = Kemeh
  4. Mulut murai = Cerobeh
  5. Kapal terbang = Belon
  6. Bersepah = Mengare
  7. Berleter = Ngerepak
  8. Terjatuh = Terusuk
  9. Tertusuk tekak = Terarok

Penyumbang perkataan:
Kuspa Bohari (Kuching)

(anda boleh cadangkan ayat dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)

Perkataan kehadiran M dan menghasilkan bunyi bunyi EM.

  1. Membaiki = Mbikik
  2. Membasuh = Mbasuh
  3. Mencuci muka = Mpungas
  4. Membuang = Mbuang
  5. Buruk perangai = Mperna

(anda boleh cadangkan ayat dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)

Perkataan kehadiran N dan meghasilkan bunyi ENG.

  1. Mendaki = Ndekik
  2. Mencuri = Ncuri
  3. Teringin = Ntengok
  4. Mencuba = Ncobo

(anda boleh cadangkan ayat dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)

Tambahan perkataan dan makna dari bahasa sekitar Telok Melano ke Lundu

Tiada = Haram
Contoh perkataan:
  • Nang haram kau nak datang ke sitok = Kau tiada lansung datang di sini.

Suah = Pernah
Contoh perkataan:
  • Kali sik suah merasa = Mungkin tak pernah merasa.

(anda boleh cadangkan ayat dengan meletakkan di bahagian petak ulasan di bawah)






Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama