KEPINTARAN, KEBERANIAN, KETANGKASAN DAN ORANG KAYA MENCIPTA WANG

Kami menyarankan anda membaca artikel yang diterbitkan sebelum artikel ini untuk memahami dengan jelas apa yang dibincangkan.

Berikut adalah senarai artikel yang berkaitan:

Artikel ini adalah pelajaran 5 dan isi artikel adalah sebahagian dari buku Rich Dad Poor Dad dan kefahaman dari pembacaan.

Banyak orang memahami gred yang tinggi, ijazah atau pengetahuan yang tinggi tidak akan menjanjikan kejayaan.

Ianya juga memerlukan keberanian, kelantangan, kelicikan, keteguhan dan kepintaran. Hampir semua orang ada watak kepintaran, keberanian dan ketangkasan.

Ketakutan akan menutup kepintaran dan lambat bertindak akan mengecilkan peluang menyerlahkan kepintaran.

Kebanyakkan orang takut dengan perubahan. Adalah lebih baik meraikan perubahan berbanding takut dengan perubahan.

Meraikan perubahan yang tidak bercanggah dengan norma agama dan yang tidak mengganggu ekosistem alam atau merosakkan aqidah masyarakat.

Bercakap mengenai peluang. Manusia terbahagi kepada dua. Iaitu yang menunggu peluang dan yang mencipta peluang. Anda yang mana satu?

Peluang hebat bukan dilihat melalui mata, tetapi sebenarnya melalui minda yang cergas dan terlatih.

Dari peluang tersebut terdapat dua keputusan, iaitu anda akan berjaya ataupun anda akan belajar lebih banyak perkara.


Orang yang tidak menang atau berjaya adalah orang yang takut kepada kekalahan. Iringi keberanian dengan kepintaran kewangan.

Financial Intelligence  @ kepintaran kewangan adalah kaedah yang memberi kita banyak pilihan dalam keadaan orang lain menghadap jalan buntu.

"Rich Dad menerangkan bahawa wang sebenarnya tidak wujud. Golongan pertengahan dan bawahan bekerja demi Wang berbanding orang kaya.

Orang kaya mencipta wang. Jika anda memahami wang tidak wujud. Maka anda akan menjadi kaya dengan lebih cepat.

Aset yang terbaik adalah minda dan sekiranya dilatih dengan baik maka minda kita akan dapat mencipta kejayaan yang lebih besar."

Anda memerlukan renungan dan ketajaman fikiran untuk memahami 3 perenggan di atas yang pada pendapat saya agak berat untuk difahami.

Menyimpan RM2,000 sebulan dalam tempoh 45 tahun menjadikan anda seorang jutawan. Namun, kaedah ini menyebabkan orang terlepas peluang keemasan.

Peluang yang akan memberi perkembangan yang lebih hebat kepada wang anda. Hasilnya, anda tidak perlu menunggu 45 tahun untuk mencapai 1 juta.

Antara peluang yang boleh di ambil adalah membeli rumah dari pejabat peguam bankrupsi atau mahkamah.

Harga rumah jauh lebih rendah daripada pasaran. Ini disebut sebagai menggunakan kepintaran dengan berani melalui tindakkan yang pantas.

Terdapat dua teknik yang digunakan oleh Robert T.Kyosaki dalam pelaburan. Beliau aktif dengan pelaburan hartanah dan saham syarikat-syarikat kecil yang berpotensi.

Antaranya, beliau terlibat dengan pelaburan hartanah menggunakan modal serendah RM5,000 sebagai deposit untuk membeli rumah bernilai RM270,000.

Sebelum rumah tersebut dijual. Terlebih dahulu disewakan dengan keuntungan RM180 sebulan. Beberapa tahun kemudian nilai rumah meningkat kepada RM495,000.

Anda sudah dapat bayangkan berapa gandaan pelaburan yang beliau hasilkan. Pelaburan seperti ini sebenarnya tetap berisiko dan memerlukan kepintaran kewangan untuk mengurangkan risiko.

Artikel seterusnya, kita akan membincangkan mengenai jenis pelabur dan ilmu tambahan berkaitan dengan financial intelligence.


ORANG KAYA TIDAK BEKERJA UNTUK WANG
Buku Rich Dad Poor Dad edisi Bahasa Melayu

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama