PERKHIDMATAN MEMBUAT WEBSITE DI KUCHING SARAWAK



Membina laman web atau disebut sebagai laman sesawang atau portal adalah keperluan perniagaan pada masa sekarang 

Perniagaan yang membina dan mempunyai laman web sendiri adalah perniagaan yang profesional dan lebih mudah dicari pelanggan.

Dengan website, pelanggan dengan mudah mendapatkan maklumat perniagaan. Pelanggan hanya akan berurusan jika mereka yakin dan percaya dengan aktiviti perniagaan anda.

Terdapat beberapa syarikat dan individu yang menawarkan perkhidmatan membina atau membuat laman web di Sarawak.

Dalam artikel ini, kami menyediakan one stop center bagi memudahkan anda berurusan untuk membuat website di Kuching dan seluruh Sarawak.

Anda boleh klik butang di bawah untuk berurusan. Tetapi sebelum itu, kami sarankan anda membaca semua isi artikel ini.

perkhidmatan membuat laman web di kuching sarawak
(penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi)

Terdapat beberapa jenis laman web yang perlu anda fahami sebelum anda berbincang dengan pasukan yang akan membantu anda menyediakan laman web 

Berikut adalah jenis-jenis laman web yang dibangunkan oleh webs developer Sarawak.

Jenis website tersebut adalah:
  • Korporat
  • e-Dagang
  • Blog
  • Surat jualan

Laman web korporat adalah laman profile mengandungi maklumat perniagaan seperti lesen, alamat, aktiviti dan sebagainya menyerupai profile perniagaan

Laman web e-dagang adalah portal menjual produk dan perkhidmatan yang mengandungi payment gateway, cart 🛒, gambar produk dan sebagainya menyerupai supermarket.

Blog adalah laman yang penuh informasi seperti tips, tutorial, isu semasa dan sebagainya yang memberi mafaat kepada pembaca.

Blog adalah kaedah soft sale. Kaedah yang tidak terus menjual tetapi lebih kepada berkongsi info dengan bakal pelanggan. 

Dan pada akhirnya pelanggan menekan butang atau affiliate untuk membeli produk dan perkhidmatan.

Laman web surat jualan hampir sama dengan e-Dagang. Mempunyai payment gateway, maklumat produk, cart 🛒 dan sebagainya.

Namun begitu, laman web surat jualan hanya menjual 1 produk dan perkhidmatan berbanding e-Dagang yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan.

Website surat jualan lebih kepada memujuk pelanggan dengan menggunakan kaedah copywriting yang tepat untuk kategori pelanggan tertentu sahaja.

Membina laman web umpama menyewa tapak premis untuk menyimpan barang niaga yang disebut sebagai hosting.

Alamat premis disebut sebagai domain. Banner yang terdapat dalam laman web perumpamaannya sebagai papan tanda perniagaan.

Miliki laman web untuk memudahkan pelanggan mengenali perniagaan anda walau di mana mereka berada 24 jam sehari 7 hari seminggu.

KLIK butang di bawah untuk berurusan

perkhidmatan membuat laman web di kuching sarawak
(penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi)




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama