KITA SEMUA BERBEZA DAN SEMPURNA DENGAN KADAR KITA SENDIRI

Hari ini berjumpa dengan kawan-kawan lama dan menghasilkan pengalaman yang seronok untuk dikongsikan. Subjeknya adalah meraikan perbezaan.

Perbezaan ini manis jika kita faham dengan hikmahnya. Saya biarkan tangan saya menaip apa yang terlintas dalam minda saya. Saya kongsikan dan semoga manfaat kepada pembaca beloya2u.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Kita semua dilahirkan dalam keadaan berbeza. 

Berbeza warna kulit, berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza tinggi, berbeza sikap dan sebagainya. 

Perbezaan ini bukan untuk kita saling berlawan menyatakan siapa yang menang. Tetapi untuk kita saling melengkapi antara kita.

Antara suami isteri pun ada perbezaan yang ketara. Perbezaan jantina, perbezaan sikap dan sebagainya. 

Seperti yang kita tahu, kita dapat hidup dengan harmoni kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain. 

Tidak ada manusia sempurna, tetapi kita sempurna atas kampasiti kita sendiri. Manusia adalah makhluk hidup yang terbaik ciptaan Allah swt.

Jika anda menerima, maka anda juga harus boleh memberi. Memberi dan menerima bukanlah sekadar dalam bentuk harta atau wang ringgit, tetapi sikap dan keadaan seadanya. 

Kadang kita akan bertemu dengan orang yang panas baran dan mungkin juga orang yang tidak yakin pada diri sendiri. 

Jadilah pelengkap kepada mereka dan bukan menjadi perosak mereka. Tidak tahu? Maka anda boleh belajar. Berguru dengan orang yang tahu dan tidak perlu malu untuk belajar.

Setiap dari kita adalah unik dan istimewa. Untuk mencari keistimewaan sendiri. Kita harus kenal kita sendiri. 

Kadang kita tidak kenal dengan diri sendiri. Kita lakukan perkara bukan fitrah kita dan akhirnya penyesalan berlaku. 

Mengenal diri sendiri amat penting agar kita tahu arah mana kita nak pergi. Pada fitrahnya manusia semua adalah baik. 

Cuma ego, amarah, cinta dunia dan dendam menyebabkan kita menjadi orang lain. Terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.

Mencari kesempurnaan orang lain amatlah mustahil. Jika pun anda terjumpa, ini bermakna anda belum mengenali sepenuhnya. 

Ada bahagian tentang mereka akan disembunyikan, kecuali sudah biasa dengan anda. Lagipun, pendapat "kesempurnaan" setiap orang adalah berbeza. 

Ada yang mengatakan kurus itu sempurna dan ada yang mengatakan gemuk itu sempurna. Inilah perbezaan!!

Perbezaan ini memberi hikmah kepada kita untuk belajar. Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza dan cerita hidup yang tak sama. 

Mungkin si A jadi begini sebab begini dan si B jadi begitu sebab begitu. Pelbagai sebab yang tidak dapat dibayangkan oleh pengetahuan dan pengalaman kita.

kalau kita berada ditempatnya, mungkin kita juga begitu. Apa pun yang terjadi, kita serahkan kepada undang-undang dan tidak perlu membenci. Membenci hanya akan membebankan jiwa kita.

Jika anda Islam, setiap kata-kata dimulai dengan bacaan bismillah hirahma'nirahhim yang bermaksud, dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. 

Setiap titip gerak kita, mulakan dengan kasih sayang. Jika jiwa tidak tenteram berhenti sebentar, duduk dan renungkan serta fikir sedalamnya. 

Jangan putus asa dalam kehidupan. Terus berbuat baik walau kita dibalas dengan kejahatan. Percaya bahawa kebaikan akan dibalas kebaikan walau bukan di dunia tetapi pasti di akhirat.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama