UJIAN PERSONALITI ONLINE

Ujian personaliti ini adalah ujian menilai personaliti anda. Bertujuan untuk mengenali diri sendiri

Bergantung kepada keyakinan jawapan yang anda berikan. Kita kadang-kadang keliru dengan diri sendiri.

Ujian personaliti online ini memerlukan teknik bayangan dan imajinasi anda. Anda perlu memberi jawapan dengan segera berdasarkan soalan yang diberikan. 

Terdapat juga jawapan pilihan yang sudah disediakan. JANGAN LUPA UNTUK MENYEDIAKAN PEN DAN KERTAS untuk menyalin jawapan bagi setiap soalan yang diberikan.

Anda juga boleh membuat ujian ini terhadap orang lain untuk mengenali orang lain. Caranya adalah anda gunakan soalan di dalam artikel ini untuk bertanya soalan.

Apa yang penting adalah jawapan hendaklah cepat berdasarkan bayangan atau imajinasi.

JOM KITA MULAKAN UJIAN MENGENAL PERIBADI DIRI


SITUASI

[1] Anda berjalan di dalam Hutan.

  • Nyatakan dengan siapa anda berjalan?

[2] Sedang anda berjalan tiba-tiba ternampak haiwan

  • Nyatakan apakah jenis haiwan tersebut.


[3] Tindakkan terhadap haiwan tersebut

  • Nyatakan apa yang anda buat. 
  • [biarkan dan pandang sahaja ATAU lari dari haiwan tersebut ATAU dapatkan haiwan tersebut]


[4] Anda teruskan perjalanan. Tiba-tiba terjumpa banyak anak kunci

  • Nyatakan bilangan kunci tersebut 
  • [dari 1-10 anak kunci]


[5] Anda tetap meneruskan perjalanan dan tiba-tiba anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan belantara.

  • Adakah rumah itu berpagar?


[6] Anda bergerak ke arah rumah tersebut.

  • Adakah pintu rumah itu terbuka atau tertutup?


[7] Anda seterusnya masuk ke dalam rumah tersebut dan terus ke ruang tamu. Anda ternampak meja.

  • Apakah bentuk meja tersebut? 
  • [bulat ATAU oval ATAU segiempat ATAU segitiga]


[8] Atas meja ada pasu

  • Berapa banyak air di dalam pasu tersebut? 
  • [penuh ATAU setengah ATAU kosong]


[9] Anda pegang pasu tersebut.

  • Pasu tersebut diperbuat daripada apa? 
  • [kaca ATAU seramik ATAU tanah liat ATAU logam ATAU plastik ATAU kayu]


[10] Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah dengan muka tak malu. Kelihatan air terjun dari jauh.

  • Berapa laju air terjun tersebut? 
  • [pilih sekala 1 hingga 10 iaitu 1 adalah perlahan dan 10 paling laju]


[11] Anda terus mengorak langkah dan ada sebuah taman di hadapan anda. Eh? ada peti pulak.

  • Apakah ukuran peti tersebut? 
  • [kecil ATAU sederhana ATAU besar]


[12] Anda kemudian memegang kotak tersebut.

  • Kotak tersebut diperbuat daripada apa? 
  • [kertas ATAU kayu ATAU logam ATAU kertas keras]


[13] Tidak jauh dari situ anda ternampak sebuah jambatan.

  • Jambatan tersebut diperbuat daripada apa? 
  • [kayu ATAU logam ATAU rotan]


[14] Kelihatan ada sesuatu yang bergerak di seberang jambatan. Ada seekor kuda la pulak.

  • Apakah warna kuda tersebut? 
  • [hitam ATAU putih ATAU kelabu ATAU coklat]


[15] Anda memerhati dengan teliti kuda tersebut.

  • Apakah yang dilakukan oleh kuda tersebut? 
  • [diam dan tenang ATAU berlari ATAU mengigit rumput]


[16] Cuaca tidak berapa baik. Tidak jauh dari tempat anda terdapat ribut puting beliung yang besar bergerak ke arah anda.

  • Anda seterusnya berlari dan pilih tindakkan anda seterusnya 
  • [bersembunyi di dalam peti ATAU bersembunyi di bawah jambatan ATAU naik kuda dan terus pergi dari situ]


[TERUS KE BAWAH UNTUK MELIHAT TAFSIRAN]




TAFSIRAN UJIAN PERSONALITI ONLINE



  • [1] Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda
  • [2] Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yang anda hadapi dan saiz haiwan tersebut menunjukkan bagaimana anda memandang masalah tersebut sama ada kecil, sederhana atau besar.
  • [3] Tindakkan anda kepada haiwan merupakan tindakkan anda kepada masalah yang selalu anda hadapi.
  • [4] Kunci melambangkan teman baik. 1 kunci bermaksud anda mempunyai seorang teman baik dalam hidup, 2 hingga 5 kunci bermaksud anda mempunyai beberapa teman baik  dan 6 hingga 10 kunci bermaksud anda mempunyai banyak teman baik.
  • [5] Rumah yang anda jumpa berpagar atau tidak melambangkan cara anda berfikir sama ada berfikiran terbuka (tiada pagar) atau berfikiran tertutup (berpagar)
  • [6] Pintu pula bermaksud keterbukaan anda untuk berkongsi dan bercerita. Pintu tertutup bermaksud anda lebih suka memendam dan pintu terbuka bermaksud anda senang berkongsi dan bercerita mengenai masalah dengan orang lain.
  • [7] Bentuk meja bulat/oval bermaksud anda jenis mempercayai teman anda, bentuk meja bersegi bermaksud anda sedikit cerewet untuk berkawan serta hanya berkawan dengan orang yang sama kepala dengan anda sahaja dan meja berbentuk segitiga bermaksud kamu sangat dan tersangatlah memilih dalam berkawan. Pendek kata, anda tidak mempunyai ramai kawan.
  • [8] Pasu kosong bermaksud cita-cita dan keinginan hidup anda tidak tercapai manakala setengah penuh bermaksud apa yang kamu inginkan sudah hampir tercapai dan jika pasu itu penuh bermaksud anda terasa puas dengan percapaian anda.
  • [9] Jenis buatan pasu melambangkan kekuatan anda dalam kehidupan. Jika anda memilih kaca atau tanah liat atau seramik, anda  lemah dalam hidup dan emosi anda mudah rapuh. Manakala jika anda memilih logam atau plastik atau kayu, anda adalah seorang yang kuat hati.
  • [10] Air terjun melambangkan seksualiti anda dimana 0 melambangkan tidak ada dorongan seksual sama sekali, 1-4 keghairahan seks rendah, 5 sederhana, 6-9 tinggi dan 10 adalah sangat tinggi. Sila kawal nafsu anda jika mencapai tahap 6 hingga 10. Sengsara.
  • [11] Saiz kotak melambangkan ego anda sama ada kecil, sederhana atau besar.
  • [12] Jenis material kotak melambangkan keperibadian diri. Kertas keras atau kertas atau kayu bermaksud anda rendah hati dan logam bermaksud anda jenis bangga diri.
  • [13] Jenis material jambatan pula adalah melambangkan kekuatan hubungan anda dengan teman-teman anda. Jambatan logam bermakna hubungan anda kuat, jambatan kayu bermakna hubungan yang sederhana dan rotan bermaksud anda tidak berada dalam hubungan yang baik dengan teman-teman.
  • [14] Warna kuda pula melambangkan pandangan anda terhadap pasangan anda. Putih bermaksud pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda, kelabu atau coklat bermaksud anda memandangnya dengan sederhana dan hitam bermaksud petanda yang tidak baik terhadap rasa anda terhadap pasangan anda.
  • [15] Apakah tindakkan kuda tersebut diam dan tenang atau mengigit rumput adalah bermaksud pasangan anda adalah sangat sederhana dan rendah hati. Manakala berlari bermaksud pasangan anda sukar untuk dikawal
  • [16] Jawapan terakhir ini adalah paling penting. Apa yang anda lakukan apabila melihat puting beliung?. Puting beliung bermaksud masalah anda, peti adalah anda, jambatan pula adalah kawan-kawan anda dan kuda pula adalah pasangan anda. Arah manakah anda berlari untuk berlindung dari puting beliung adalah  menunjukan saipa yang akan anda jumpa bila menghadapi masalah. Jika peti bermakna anda hanya bergantung kepada diri sendiri, jambatan bermaksud anda akan berjumpa dengan kawan-kawan anda dan  menggunakan kuda bermaksud anda sentiasa mencari pasangan anda jika bermasalah.



_____________________
JANGAN LUPA. Kongsikan dengan jiran sebelah..

Komen pendapat anda tentang ujian ini di bawah. Adakah ianya benar atau tidak atau....



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama