16 Disember 2023- Program Digitise telah diadakan sekali lagi di Serian Digital Innovation Hub pada 16 Disember 2023.
Pada kali ini, tenaga pengajar iaitu Encik Khalik dan Encik Dylton menerangkan modul dua iaitu Perakaunan untuk perniagaan kecil kapada para peserta.
Modul dua dibahagikan kepada beberapa tajuk utama iaitu Kepentingan rekod perakaunan, Bagaimana Mentafsir Penyata Kewangan, Dokumen berkaitan perniagaan dan percukaian, dan Catatan jurnal dan rekod perakaunan.
Kepentingan rekod perakaunan yang diterangkan oleh Encik Khalik yang bertujuan memastikan para peserta dapat memahami tentang rekod perakaunan sekaligus meningkatkan kesedaran kewangan.
Dalam tajuk ini, para peserta juga telah diajar konsep asas perakaunan seperti Catatan Aliran Tunai, Catatan Penyata Bank, Syarat membuka akaun semasa dan lain-lain.
Selain itu, Encik Khalik juga telah menerangkan bagaimana mentafsir Penyata Kewangan dalam perniagaan kepada para peserta.
Tajuk ini membantu para peserta membuat keputusan pelaburan termaklum serta memastikan para peserta dapat menilai prestasi dan kestabilan perniagaan mereka.
Para peserta boleh menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih baik selepas mereka didedahkan dokumen yang berkaitan dengan perniagaan dan percukaian.
Mereka juga didedahkan jenis catatan jurnal dan rekod perakaunan yang digunakan dalam perniagaan oleh Encik Dylton.
Menurutnya, entri jurnal pembelajaran dapat memastikan penyimpanan rekod yang tepat. Encik Dylton turut menerangkan dokumen transaksi kewangan dengan telus.
Selain itu, Encik Dylton mendedahkan laman sesawang SCOUNT bagi membantu para peserta melengkapkan audit kewangan yang lebih lancar.
SCOUNT merupakan sebuah laman sesawang yang membolehkan membuat catatan aliran dengan mudah untuk kestabilan kewangan perniagaan mereka.
Laman sesawang ini juga melengkapkan para peserta untuk pertumbuhan perniagaan yang mampan.
Aktiviti sepanjang kursus ini direkodkan dan diadaptasikan dalam bentuk video oleh Cik Junainah.
Program Digitise yang berlangsung di Serian Digital Innovation Hub telah memberikan platform yang berharga kepada peserta untuk memahami dan mengaplikasikan aspek-aspek perakaunan dalam perniagaan mereka.
Dengan bimbingan tenaga pengajar yang kompeten, peserta kini mempunyai kemahiran untuk mengintegrasikan pengetahuan perakaunan dalam pengurusan harian perniagaan mereka, memastikan pertumbuhan yang mampan dan kestabilan kewangan jangka panjang.