9 TINGKAH LAKU YANG MENANDAKAN MEREKA ORANG YANG GAGAL DALAM HIDUP.

Seringkali, anda nampak orang  kelihatan memiliki segalanya, bahagia, kaya, berjaya tetapi sebenarnya sebahagian daripada  mereka sedang bergelut dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian mereka.   

Mereka mungkin berasa mereka gagal dalam hidup, cuma mereka sangat pandai menyembunyikan perasaan mereka.

Tanpa disedari sebenarnya terdapat perbezaan besar antara apa yang mereka tunjukkan kepada dunia dengan apa yang sebenarnya mereka alami atau sedang hadapi dalam hidup mereka.

Meskipun demikian, mungkin anda  berupaya  'membaca' tingkah laku tertentu yang  menghantar isyarat perasaan kegagalan yang tersembunyi ini. 

Jika anda memiliki sensori kepekaan yang tinggi, anda dapat mengesan isyarat yang yang terhijab ini.

Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin menunjukkan bahawa mereka sedang menyembunyikan perasaan sebenar mereka seperti kegagalan, kekecewaan, keperitan dan pelbagai perasaan dalam menghadapi cabaran  kehidupan yang mereka alami.

Perhatikan tanda-tanda ini dan mungkin anda boleh menjadi kawan yang mereka  yang perlukan dalam saat-saat keraguan dalam  diri mereka.



Kenali 9 corak  tingkah laku yang menunjukkan seseorang sedang berasa dalam fasa kegagalan hidup. 

Melakukan Sesuatu Perkara Secara Berlebihan (Overcompensating)

Golongan yang berasa seperti mereka gagal dalam hidup sering giat  berusaha untuk membuktikan kebolehan, keupayaan dan kejayaan mereka.

Mereka akan mengambil tanggungjawab lebih di tempat kerja, bersetuju untuk menyertai setiap acara sosial, dan berusaha menjadi orang yang sentiasa ada untuk semua orang. 

Ini adalah cara mereka untuk menunjukkan kepada dunia, dan kepada diri mereka sendiri, bahawa mereka berjaya dan mampu melakukan segalanya..

Tingkahlaku begini dikenali sebagai Over Compensation. Namun, satu perkara yang harus disedari bahawa sikap  ini tidak patut diamalkan kerana biasanya  ia mengakibatkan keletihan. 

Namun sikap ini mungkin akan  memperkuatkan  perasaan kegagalan mereka.

Jadi apabila anda melihat orang yang sentiasa mendorong diri mereka melebihi  daripada batas mereka, berkemungkinan besar mereka sedang bergelut dengan perasaan kegagalan mereka.


Sentiasa Memperkecilkan Diri

Anda mungkin pernah berperasaan begini atau mendengar kata-kata begini daripada ahli keluarga atau rakan-rakan anda.

Mereka  sentiasa merendahkan diri sama ada berkaitan dengan kerjaya,  penampilan atau kemahiran mereka. Mereka sentiasa mempamerkan cara untuk merendahkan diri mereka. 

Sikap seperti ini meletakkan diri mereka dalam keadaan selamat dengan lebih rela dan selesa untuk mentertawakan diri mereka  sendiri daripada  ditertawakan  orang lain.

Masih ramai orang  belum  sedar bahawa sikap penghinaan  diri atau perasaan rendah diri yang berlebihan serta berterusan menandakan orang tersebut mengalami perasaan kegagalan yang tersembunyi. 

Jenaka berbentuk penghinaan diri  dengan mentertawakan diri sendiri adalah manifestasi ketidakselamatan dan keraguan dalam diri  sendiri yang harus disingkir.

Jika anda mendapati orang dengan gigih memperkecilkan diri mereka sendiri, walaupun dalam bentuk gurauan , itu mungkin petunjuk bahawa mereka sedang berperang dengan perasaan kegagalan dalam diri mereka.

Ini adalah cara mereka  melindungi diri daripada kritikan sebelum sesiapa mengkritik mereka.



Ketakutan untuk mencuba perkara baru

Tahukah anda bahawa otak kita diciptakan untuk mengelakkan ketidakpastian? 

Ini adalah mekanisme survival yang telah bersama -sama anda sejak zaman awal manusia.

Apabila seseorang berasa seperti mereka gagal,  ketakutan terhadap yang tidak diketahui ini akan diperbesar-besarkan. 

Mereka sering mengelakkan sesuatu perkara yang baru seperti pekerjaan baru, teman baru, rumah baru  atau cabaran baru kerana mereka takut gagal.

Keadaan seperti ini termasuk  tidak mahu mengambil projek baru di tempat kerja, hingga mengelakkan belajar kemahiran atau hobi baru.

Jika sikap ini tidak dikikis segala masalah dan cabaran yang dihadapi tidak akan menemui titik pernyelesaian dan segala matlamat  yang dikehendaki tidak akan  tercapai malah ia akan memperkukuhkan perasaan kegagalan dalam diri mereka.


Mementingkan Kesempurnaan Diri (Perfectionist)

Salah satu corak sikap yang harus diberi perhatian  ialah sifat perfectionist. Memiliki sifat begini selalunya  dianggap sifat yang baik. 

Namun, apabila  sikap ini menjadi obsesif (keterlaluan), ia boleh menjadi masalah yang lebih  rumit.

Orang yang berasa mereka gagal dalam hidup akan membangunkan tahap perfectionist yang tidak sihat. 

Setiap kesilapan kecil dianggap sebagai kegagalan yang besar dan keadaan begini boleh menyebabkan  stress kepada diri mereka. 

Kepercayaan akan sifat  mementingan  kesempurnaan atau perfectionist ini  boleh menjadi amat meletihkan. Keadaan ini boleh juga menjadi benteng untuk mencapai segala matlamat yang diimpikan.

Ini membawa kepada kekecewaan yang berterusan dan memperkuatkan perasaan kegagalan mereka.


Pengasingan Diri (Isolation)

Manusia adalah makhluk sosial. Manusia berkembang dalam hubungan dan interaksi sesama insan. 

Masalah timbul apabila mereka berasa seperti mereka gagal, mereka mungkin mula menarik diri dari lingkaran sosial mereka.

Mereka mungkin berasa tidak mahu membebankan orang lain dengan masalah mereka, atau mereka mungkin takut dihakimi kerana kegagalan yang mereka bayangkan.

Ini boleh membawa kepada satu kitaran pengasingaan diri, yang mengakibatkan kekurangan interaksi sosial dan hanya memburukkan perasaan kegagalan mereka.


Kehilangan semangat

Hidup penuh dengan pasang surut. Meskipun demikian apabila  surut nampaknya melebihi pasang, itu boleh menjadi amat sukar.

Anda mungkin pernah melihat orang yang rapat dengan anda  kehilangan semangat, semangat untuk perkara-perkara yang mereka nikmati sebelum ini. 

Keadaan begini amat memilukanapabila melihat orang yang anda sayangi, hargai dan hormati kehilangan minat dalam hasrat, hobi, termasuklah dalam aktiviti harian mereka.

Mereka yang mengalami kehilangan semangat ini sering menandakan   mereka menghadapi pergelutan dalaman  kerana berasa seperti mereka gagal dalam hidup.

Mereka berperasaan demikian mungkin kerana terbeban oleh kegagalan yang mereka alami sehingga mereka tidak dapat menemui kebahagiaan dalam perkara yang mereka cintai dan ingini.


Bicara diri negatif (Negative Self Talk)

Anda pernah berasa minda anda dipenuhi dengan rentetan pemikiran negatif? 

Anda  adalah pengkritik termasyhur diri anda sendiri, sentiasa memberitahu diri anda bahawa anda tidak cukup baik, tidak cukup bijak, atau tidak cukup berjaya.

Bicara diri negatif ini adalah gambaran yang jelas tentang bagaimana anda berasa seperti anda gagal dalam hidup.

Bicara diri negatif ini agak biasa dalam kalangan mereka yang berasa seperti mereka gagal. 

Mereka menghidupkan kegagalan yang mereka alami dan dimainkannya berulang-ulang dalam minda mereka.

Negativity yang berterusan ini  sangat merugikan diri  yang hanya memperkukuhkan perasaan kegagalan mereka.


Kesulitan menerima pujian

Pernahkah anda memberikan pujian kepada seseorang yang kelihatannya tidak dapat menerimanya?

Mereka menolaknya, meremehkannya, atau bahkan menolaknya sepenuhnya.

Kesulitan dalam menerima pujian menggambarkan mereka  berasa mereka gagal dalam hidup.

Orang yang bergelut dengan perasaan kegagalan sering memiliki harga diri yang rendah. 

Mereka tidak melihat diri mereka sebagai layak dipuji   malah percaya bahawa mereka menipu orang lain untuk berfikir bahawa mereka lebih kompeten daripada yang sebenarnya.

Oleh yang demikian, jika anda perasan seseorang secara konsisten menolak atau mengabaikan pujian, mungkin kerana mereka bergelut dengan perasaan kegagalan.

Adalah penting untuk anda meyakinkan mereka bahawa pencapaian mereka adalah sah dan layak mendapat pengiktirafan.


Selalu membandingkan diri dengan orang lain

Dalam zaman digital hari ini, terlalu mudah untuk terjerumus ke dalam perangkap perbandingan. 

Apabila seseorang mula mengukur nilai mereka berdasarkan cara mereka membanding diri dengan orang lain, keadaan begini menunjukkan  mereka berasa mereka gagal dalam hidup.

Orang yang sentiasa membandingkan diri dengan orang lain sering bergelut dengan perasaan tidak sempurna. 

Mereka melihat kejayaan orang lain sebagai penanda kegagalan dalam diri mereka. 

Realitinya, setiap orang mempunyai perjalanan unik mereka sendiri, dan membandingkan laluan diri dengan laluan orang lain hanya akan membawa kepada kekecewaan.

Ahli Psikologi ternama, Carl Rogers pernah berkata, "Apa yang paling peribadi adalah paling umum."

Cabaran kita mungkin unik dalam huraiannya, tetapi  mempunyai persamaan dalam intipatinya.


Sementelahan, hanya dengan mengetahui bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran ini, anda dapat membina perbezaan besar kepada mereka untuk keluar daripada kepompong yang menyelimuti pemikiran mereka.

Tindakan menawarkan sokongan kepada seseorang yang rapat dengan anda atau menunjukkan belas kasihan kepada diri sendiri dalam saat-saat keraguan memberi sinar yang lebih cerah kepada mereka dan diri anda.

Membuat kebaikan kepada diri dan orang lain boleh mentransformasi fikiran, perasaan dan tindakan dengan menyedari serta mengenali nilai, kekuatan dan potensi diri anda melalui perkhidmatan coaching.


Dominasi Minda

Coach Nora 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama