INI SESI PEMBENTANGAN KE SESI PEMBACAAN? TIPS POWER 'PRESENTATION SKILLS'.

Kesilapan terbesar ketika membuat sesi pembentangan ialah apabila kita tidak menguasai topik dan isi kandungan yang hendak disampaikan. 

Tidak kiralah sama ada pembentangan perihal projek, kertas kerja, pertandingan, ceramah atau apa jua perkara berkaitan dengan proses pembentangan, ianya pasti menjadi sesi pembacaan bukannya sesi pembentangan.

Percayalah. Audiens bukannya hendak mendengar bebelan pembacaan paparan slaid yang terpampang di hadapan muka mereka. Kerana mereka mampu mebacanya sendiri.

Tetapi, audiens mahu mendengar bagaimana hebatnya dalam menyampaikan perkongsian paparan slaid tersebut dengan cara yang tersendiri.

Ini adalah cara mudah dan berkesan untuk kita memikat serta memukau pendengaran audiens ketika sesi pembentangan berlangsung.




Hebatnya Formula 'T.A.L.K' Dalam Kemahiran Pembentangan

T : Teknologi & Persembahan

1. Pengisian kandungan dalam paparan slaid jangan terlalu panjang berjela. Hanya letakkan penerangan utama yang ringkas dan padat. 
2. Paparan slaid bukannya tempat untuk mengarang karangan. Mudahkan kefahaman audiens yang melihat.
3. Pastikan paparan slaid teratur dan menarik perhatian.
4. Masukkan faktor 'WOW!' ketika melakukan mempersembahkan pembentangan tersebut.
5. Unsur-unsur kreativiti dalam penyampaian amat perlu dititikberatkan oleh penyampai.

A : Atur Isi Bicara

1. Setiap pembentangan perlu ada aturan isi bicara iaitu pembuka bicara, penghuraian bicara dan penutup bicara.
2. Pembukaan pembentangan yang gempak, pasti dapat menarik perhatian audiens.
3. Ingat! 60 saat pertama adalah masa penentu kepada kejayaan keseluruhan pembentangan kita.
4. Huraian isi bicara perlu diselitkan dengan fakta, keilmuan atau kata-kata hikmah yang mampu berikan kesan mendalam terhadap audiens.
5. Pastikan pada akhir penutup bicara, pembentangan yang tersebut meninggalkan impak yang cukup luar biasa kepada pendengar.

L : Lontaran Suara

1. Nada suara seseorang pembentang perlu dipelbagaikan kepada 3 tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
2. Penggunaan nada suara tahap rendah adalah bertujuan untuk kita menguji fokus pendengaran audiens. Bukan bermakna berbisik. 
3. Nada suara sederhana pula amat mempengaruhi momentum tenaga kita ketika pembentangan. Banyak digunakan pada kebanyakkan penyampaian isi huraian biasa.
4. Terakhir iaitu nada yang tinggi. Nada tinggi bukanlah menjerit, tetapi bertujuan untuk memberi penekanan terhadap isi utama seterusnya membantu audiens membezakan antara penerangan biasa dengan hujah yang penting.
5. Gunakan kemahiran lontaran nada suara ini pada ayat yang sesuai dan tepat.

K : Kuasai Topik

1. Fahami tajuk pembentangan yang hendak disampaikan. Tambahan, hayati isi huraian dalam kandungan pembentangan.
2. Kefahaman ini amat membantu dalam proses kelancaran tutur bicara ketika penyampaian di hadapan.
3. Penghayatan isi huraian pula mampu memudahkan kita untuk menyampaikan kandungan pembentangan dengan cara atau kaedah yang tersendiri.
4. Lebih memudahkan, gunakan perkataan atau istilah yang senang dan dekat dengan diri kita.
5. Sudah pasti, persediaan awal adalah amat penting sebelum hari pembentangan berlaku. Boleh dipelajari pada topik Teknik Komunikasi Berkesan.

Senang bukan?
Penguasaan formula ringkas 'T.A.L.K' ini bukan sahaja mampu jadikan anda sebagai seorang pembentang yang berkaliber, bahkan anda mampu tampil hebat sebagai pembentang yang versetail dimata para pendengar.
Jom kita praktiskan bersama!

Oleh : Harith Rohaizat

2 Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

  1. Terima Kasih. Perkongsian maklumat dan ilmu yang sangat bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ilmu dapat berikan manfaat terbaik.

      Padam
Terbaru Lebih lama