7 TEKNIK KOMUNIKASI BERDEPAN BERKESAN

Komunikasi adalah antara kemahiran penting dalam mana-mana industri. Kesilapan komunikasi boleh membawa bencana besar.

Besederhanalah dalam berbicara. Jangan melampaui batas. Jaga adab dan sentiasa peka dengan orang sekeliling.

Terdapat pelbagai jenis komunikasi, antaranya secara audio, gambar, grafik, video dan penulisan.

Namun, dalam artikel ini lebih menyentuh komunikasi menggunakan kaedah lisan. Bercakap secara bedepan dengan seseorang.

Lebih mudah berkomunikasi dengan individu yang berilmu berbanding dengan individu yang bodoh sombong.

Namun, bukanlah bererti anda mengelak berkomunikasi dengan orang bodoh sombong. Anda boleh berbicara dengan teknik berbeza berbanding dengan orang yang berilmu.

Dalam artikel ini, beloya2u menggunakan perkataan subjek sebagai gambaran individu atau orang atau teman bicara anda.

BERIKUT ADALAH 7 TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN PELANGGAN, TEMAN, SAHABAT, KEKASIH, RAKAN KERJA DAN SESIAPA SAHAJA DEKAT DENGAN ANDA


PANDANG MATA

[1] Memandang mata subjek ketika bercakap menyebabkan rasa tidak selesa. Sebenarnya, anda tidak perlu memandang matanya.

Anda hanya perlu seakan-akan memandang matanya jika anda tidak berasa selesa. Caranya adalah memandang dahi atau hidung atau mulut.

Mata anda akan kelihatan seolah-olah sedang memandang mata. Tetapi ingat!. Bukan setiap masa anda harus memandang mata ketika berkomunikasi.

Anda hanya memandang mata ketika sesuatu perkataan atau fakta yang perlu ditekankan.

Kaedah memandang juga penting. Jangan terlalu berlebihan sehingga orang lain merasakan diri anda sedang menggoda.

Lakukan bersahaja, sederhana dan tidak melampau. Jangan menimbulkan rasa tidak selesa subjek dengan diri anda.

KUATKAN RASA PERSAMAAN

[2] Orang lain hanya berkongsi bercerita apabila merasakan anda adalah sebahagian darinya. Merasakan ada persamaaan.

Bahagian ini penting untuk meningkatkan Kadar komunikasi dua hala. Membina hubungan yang boleh menyerap fakta antara dua pihak

Anda perlu memahami apakah kecenderungan subjek melalui kaedah soalan. Soalan bertujuan mengumpul data penting untuk analisa.

Contoh soalan seperti tinggal di mana, status, umur, pekerjaan, asal kampung dan sebagainya yang boleh membantu mengenal subjek lebih dekat.

Lihat cara berpakaian dan kaedah menyampaikan fakta. Tunjukkan rasa minat dan cadangkan idea-idea yang menarik.

Dengan cara ini. Komunikasi tidak akan rasa kekok. Malah lebih mesra dan terbuka. Mudah untuk mempengaruhi subjek.

RUJUKAN PAKAR (AUTORITI)

[3] Apabila bercakap tentang sesuatu fakta. Kuatkan dengan menyandarkan fakta dari kajian pakar atau autoriti.

Menyandarkan fakta akan meningkatkan kebolehpercayaan anda dalam berbicara.

Tetapi ingat!. Jangan gunakan figura yang bermasalah dalam kelompok masyarakat. Gunakan kumpulan atau individu yang tiada kontrovesi.

Kaedah ini adalah bertujuan meningkatkan autoriti anda semasa bercakap dan menguasai perbualan.

Jangan lupa beri peluang subjek untuk bercakap agar anda mengetahui posisi atau keberkesanan komunikasi anda.

KONGSI PENGALAMAN

[4] Antara teknik yang menyebabkan orang lain fokus semasa anda bercakap. Bercakap dalam bentuk penceritaan.

Pengalaman lebih realiti berbanding fakta. Lakukan sehingga pendengar dapat membayangkan apa yang anda ceritakan.

Terdapat 2 jenis pengalaman. Pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.

Lebih natural jika anda bercerita pengalaman sendiri berbanding orang lain. Pengalaman orang lain memerlukan sedikit kegigihan anda mengingati jalan cerita.

Jangan tersalah cerita atau menggunakan perkataan berlebihan sehingga anda kelihatan menokok tambah cerita. Kesannya, orang akan hilang percaya.

PERKATAAN MUDAH FAHAM

[5] Mungkin anda orang yang terpelajar tetapi tidak orang yang mendengar. Jangan menggunakan perkataan saintifik yang sukar difahami.

Gunakan perkataan tempatan. Jika anda merasakan perlu menggunakan perkataan sukar. Lapitkan dengan penerangan dan contoh yang mudah bagi menggambarkan perkataan.

Anda juga boleh menggunakan kaedah visual dalam bentuk lukisan, video, info grafik atau peta minda bagi mudah faham.

Jangan terlalu memberi tekanan kepada pendengar yang sukar memahami penerangan anda. Santai dan ikhlas.

Jika anda disenangi, maka lebih mudah mendapat autoriti berbanding jika anda tidak disukai. Santai dan jangan terlalu memaksa.

Gunakan pelbagai metodi penerangan jika diperlukan. Setiap orang adalah berbeza. Jangan harapkan keputusan yang sama setiap orang yang anda jumpa.

KEKITAAN

[6] Bermula dari kelompok kecil hingga kepada kelompok besar. Kekitaan boleh disentuh atas dasar ideologi, kepercayaan, bangsa, aktiviti, hobi, geografi, minat dan sebagainya.

Contoh nya kita lelaki atau kita perempuan atau kita sebagai ibu bapa. Kekitaan boleh dicetuskan berdasarkan posisi.

Kekitaan ini mengukuhkan keselesaan antara kita dan subjek. Subjek merasakan satu kumpulan.

Sentuh isu yang hangat dan bukan berangat. Maksud hangat adalah seronok untuk dibicarakan dan berangat adalah sesuatu yang tidak selesa dibicarakan.

Minta pandangan subjek dan jika anda tidak setuju. Jangan sesekali terus menyanggah. Gunakan contoh Kes untuk meneutralkan pandangan subjek.

Menentang atau tidak setuju pandangan orang lain secara terus menyebabkan "komunikasi rapuh". Subjek mungkin akan marah atau terus berdiam diri kerana merasakan anda bukan dalam satu kapal.

Jika tidak setuju dengan pandangan subjek. Bantah dengan mengeluarkan pandangan orang lain atau bercerita kes-kes berkaitan dengan pandangan subjek yang boleh mengubah pandangan subjek.

KEHANGATAN ISU SEMASA

[7] Isu semasa merupakan subjek paling ingin dibincangkan kebanyakkan pihak. Tetapi anda perlu mengenalpasti subjek berada di posisi mana.

Adakah subjek menentang atau menyokong. Mengetahui posisi subjek amat penting agar perbicangan atau komunikasi tidak bertukar menjadi pendebatan.

Untuk melihat posisi subjek. Anda perlu membiarkan subjek memberi pandangan terlebih dahulu.

Jika posisi subjek sama dengan posisi anda, maka lebih mudah untuk berbicara. Jangan sesekali meneka, kerana posisi subjek adalah cerminan pengalaman beliau.

Pengalaman yang tidak semua orang tahu.  Posisi hanya dapat dibuktikan dengan luahan pandangan subjek.

Jika posisi subjek tidak sama dengan posisi anda. Cuba ubah dengan perlahan kepada isu lain.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama