PANTANG LARANG MEMANCING DI LAUT



Dalam bidang memancing ini semestinya seronok, bagi saya ianya menyeronokkan. 

Dari situlah kita dapat tahu sedikit sebanyak berkaitan pantang larang terutamanya pantang larang orang tua.

Pertama sekali, mulut tidak boleh celupar dan jangan bersiul. Mengikut pengetahuan dan kefahaman saya dari pesanan orang yang lebih tua.



Sekiranya anda melihat perkara yang ganjil dan aneh di laut disarankan jangan ditegur. Sebagai peringatan berdasarkan pengalaman saya dan nasihat untuk anda.

Sebagai contoh, pesan orang tua jangan melangkah joran. Kita tidak tahu kepastian dan sebab kenapa. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita hendaklah turut mendengar nasihat dari orang tua.



Pernah terjadi suatu kisah dahulu dimana saya membawa pelanggan, mereka telah melanggar pantang larang seperti bersiul, maka berlakulah perkara yang tidak diigini.

Kemudian ada yang menegur perkara yang ganjil di laut, dan pulang sehingga sekarang enggan untuk pergi mengail.

Tidak tahu kepastian dan sebab kenapa. Seperti yang saya maklum, pantang larang orang tua pasti ada sebabnya dan benar.

Kita harus sentiasa berwaspada kerana apabila kita berada di laut, kita tidak tahu mengenai makhluk lain selain manusia juga wujud. Itu pesanan saya kepada semua pemancing.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama