IKAN LUMBA LUMBA IKAN MERBAHAYA

Apa itu ikan lumba-lumba? jadi disini saya menceritakan mengenai ikan lumba-lumba. Kebiasaannya orang akan gelar ikan lumba-lumba, jika di daerah Kuching ianya digelar “empesut”.

Ikan empesut dan ikan lumba-lumba mempunyai perbezaan serta kelainan. Selalunya pelancong yang melawat di sini ingin melihat ikan lumba-lumba.




Ada 2 jenis spesies iaitu ikan lumba-lumba selalunya terdapat di laut dalam dan berwarna putih manakala empesut yang ada di Kuching Wetland ini berwarna hitam.

 


Sukar sebenarnya berpeluang untuk melihat empesut kerana mengikut masa dan musimnya. 

Kebanyakan ikan empesut berada di Kawasan Kuala Santubong/Kuala Salak. Sekiranya tiada pemancing atau tiada memperolehi ikan, spesies empesut ini sukar untuk dilihat. 

Saya pernah terfikir, ikan empesut ini boleh dijadikan panduan. Mengikut pengalaman saya, apabila ianya menyelam dan timbul di permukaan air berulang kali, bermaksud terdapat banyak ikan di sekitar kawasan. 



Ini juga sebagai panduan untuk nelayan. Untuk para pengunjung dan pelancong yang ingin melawat, apabila nelayan dapat memperoleh banyak ikan, masa inilah yang sesuai untuk melihat ikan empesut. 

Ketiadaan para nelayan atau pemancing, ikan empesut ini enggan untuk muncul. Sebenarnya, ikan empesut ini juga berpandukan nelayan, sekiranya nelayan dapat banyak ikan, banyak jugalah empesut ini muncul. 

Kadang-kadang spesies bermain, asyik timbul. Ikan empesut muncul di permukaan menandakan kepada nelayan bahawa di kawasan tersebut banyak ikan. Banyak empesut, banyaklah ikan di sekitar kawasan. 



Menurut pihak taman negara, adanya ikan lumba-lumba di sini tapi sebenarnya ianya adalah empesut. Perbezaan yang ketara untuk spesies ini iaitu berwarna putih dan hitam.

 Yang kerap dilihat adalah spesies empesut. Pesanan saya kepada pelancong, anda jangan keliru perbezaan antara ikan empesut dan ikan lumba-lumba ini mempunyai kelainan dari segi warna tubuhnya.

 Ikan empesut warnanya hitam, manakala ikan lumba-lumba warnanya putih. Ada sejarah dan pantang larang ikan empesut bahawa ikan ini sama sekali tidak boleh dibunuh.

 Cerita dahulu mengatakan empesut ini boleh membunuh manusia. Kenapa ianya berlaku? Suatu hari, apabila nelayan menjaring dan dapat sekali dengan empesut kemudian dibunuhnya.

 Apabila dipukul dan sebagainya tentunya berdarah. Spesies ini juga memiliki perasaan seperti manusia. Pernah juga berlaku satu kisah sebagai tambahan ilmu untuk pelancong supaya tidak sembarangan.

 Setitik darah empesut dan bunyinya apabila ditangkap didengari oleh kawan-kawannya, maka ianya segera datang menolong.

 Cerita ini tersebar dan kejadian ini berlaku di kawasan pulau Sempadi di antara dengan pulau Satang.

Kemudian ada sebuah kapal ikan, empesut ini bertindak ganas dengan menerjun ke dalam kapal bersama kawan-kawannya yang diseru. Spesies ini pandai menyeru. Kalau ianya marah, dia berani melawan.

 Ikan empesut ini tahu perasaan sedarahnya apabila diseksa mahupun bunuh. Akhirnya kapal tersebut pecah dan karam disebabkan ianya beramai-ramai melompat kemudian terjun dari jarak yang tinggi. 

Itu pesanan saya kepada sesiapa yang melawat dan ingin melihat empesut atau ikan lumba-lumba.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama