PERSEDIAAN PENTING SEBELUM PERGI MEMANCING


Mengail di laut dan sungai adalah berbeza. Apabila mengail di sungai, pastikan tekong turut serta. Tekong tersebut haruslah mempunyai pengalaman di laut.



Apa itu tekong? Tekong itu bertugas dalam memastikan setiap bot yang dinaiki boleh pergi ke laut, keadaan enjin baik sebelum berangkat ke laut, kelengkapan seperti minyak mesti mencukupi dan itulah peranan tekong.

Tanggungjawab tekong selain memastikan keselamatan bot, keselamatan penumpang juga harus diutamakan



Selain itu, memastikan jaket keselamatan, peralatan yang dibawa seperti lampu suluh, bateri bot mencukupi. Untuk kelengkapan bot seperti sauh memerlukan sekurang-kurangnya 2 sauh.



Kemudian, 2 tali untuk dijadikan simpanan sekiranya berlaku perkara yang tidak diigini. Tekong juga memastikan orang yang dibawa turut berpengalaman di laut.



Disini bermaksud, sekiranya berlaku apa-apa kejadian dapat bekerjasama dan ianya tanggungjawab seorang tekong.

Disarankan tekong perlu ada anchor man (bang sauh) sendiri. Anchor man tersebut hendaklah berpengalaman di laut dan dapat bekerjasama sekiranya berlaku kemalangan.



Selain berpengalaman memandu bot di laut, perkara yang paling penting ialah harus tahu menggunakan Global Positioning System (gps). Tekong juga perlu tahu pasang surut air dan arah mata angin.



Ianya juga penting supaya mudah untuk meletakkan bot atau parking. Berdasarkan pengalaman saya, peralatan memancing memilki perbezaan.

Di laut kebiasaannya menggunakan mesin pancing (drum) yang dimaksudkan untuk pancingan dasar (bottom). Selain itu juga, menggunakan gelendong (spool).



Ini untuk mereka yang selalu menggunakan perangkap. Kelayakkan untuk menjadi tekong ialah harus memilki lesen dan kad pelaut seperti kad COC.



Pesanan kepada semua pemancing, cadangan saya, kita perlu memastikan tekong yang membawa kita mestilah berpengalaman supaya dapat menjamin keselamatan kita.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama