KUCHING WETLAND KHAZANAH DUNIA



Banyak tempat yang menarik di kawasan Taman Negara Kuching, terutamanya paling terkenal iaitu gunung Puteri Santubong, dan gunung Serapi merupakan sempadan Taman Negara atau Kuching Wetland dibawah Ramsar.



Pelbagai keunikan, hidupan, habitan dan spesies seperti buaya, orang belanda, pokok-pokok bakau. Yang lebih uniknya lagi ialah pelancong lebih tertarik melihat orang belanda.



Selalunya di Taman Negara menawarkan beberapa pakej atau aktiviti yang sering saya bawa pelancong. Kami menawarkan pakej yang dilabel sebagai A,B dan C.

Contohnya, tempahan untuk melihat kelip-kelip maka kami akan bawa anda melihat kelip-kelip, ingin melihat rupa orang belanda, kami boleh tunjukkan.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman yang lebih menarik, berbaloi dan memuaskan anda boleh menempah “river cruise”.

Untuk river cruise, saya berangkat dari pangkalan Semariang kemudian terus ke Salak bergantung keadaan air dan masa yang agak sesuai, kita boleh berjumpa dengan orang belanda.



Sekiranya keadaan air yang baik tetapi tidak ada kelihatan orang belanda maka kita boleh pergi melihat buaya.

Selain itu, kita juga boleh melihat kawasan yang saya gelarkan ia sebagai “lubak” berhampiran Taman Negara. Diterjemahkan dalam bahasa inggeris ianya disebut canal (terusan).



Uniknya disini, orang tidak menggunakan kawasan ini kerana sungainya yang kecil yang sebenarnya boleh terus ke sungai yang lebih besar itu kelebihannya.

Berbanding di tempat lain, tiada sungai-sungai kecil, pokok bakau, sungai yang boleh menembusi dari satu tempat ke satu tempat. Itulah yang menariknya di sini.

Seperti biasa kita boleh melihat lumba-lumba atau gelaran lain “empesut”. Salah satunya lagi, tempat ini adalah tempat buaya menetas. Ada tempat buaya dan ianya senang kelihatan.



Tetapi apabila buaya menetas ada sedikit ganas. Kemudian, buaya yang paling besar beranggaran panjangnya lebih kurang 2-3 meter dan besar nya berukuran 1-2 meter. Matanya pula sudah cukup besar.

Buaya yang sangat besar tetapi tidak menganggu orang. Bagi saya ianya boleh dilihat dan tidak berbahaya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk river cruise, melawat, dan melihat keindahan di sini, sila layari di facebook Koperasi Nelayan Semariang Berhad untuk info dan tempahan lebih lanjut.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama