ANALISIS POLITIK PEMBUBARAN PARLIMEN DAN PRU-15

ANALISIS POLITIK PEMBUBARAN PARLIMEN DAN PRU-15


Artikel ini adalah perkongsian dan pandangan Pakcik Hafeez berkaitan dengan isu politik berkaitan dengan teka-teki pembubaran parlimen dan PRU-15.

Antara sebab parlimen bubar pada tahun ini adalah kerana beberapa perkara. Antaranya isu dalaman Umno.

Kebanyakkan ahli UMNO kem Zahid Hamidi meminta Parlimen dibubarkan segera dan ini boleh mengakibat undian tidak percaya kepada PM yang akan memberi impak kedudukkannya.

Pemilihan PM baru harus dibuat kerana undian tidak percaya dan akan mengakibatkan pilihanraya ke 15 berlaku kerana tiada pilihan lain untuk menstabilkan politik tanah air.

Ini memberi tekanan kepada PM untuk meneruskan usul membubarkan parlimen. Untuk membubarkan parlimen terlebih dahulu beliau perlu mendapat pekenan Agong.

Namun begitu, terdapat kemungkinan Ismail Sabri akan disokong oleh PH. Ini kerana kebanyakkan mereka tidak mahu pilihanraya dibuat pada tahun ini.

Jika ini berlaku, maka pilihanraya akan berlangsung pada tahun hadapan.

Bagaimana pula dengan Agong? Adakah baginda akan memperkenankan pilihanraya dibuat pada tahun ini atau tidak?

Pagi kelmarin, Agong dikatakan berkunjung ke pusat ramalan dan amaran banjir bagi mendengar sendiri keadaan dari pakar keadaan cuaca.

Ini bertujuan memastikan kesejahteraan rakyat terjaga sebelum memperkenankan pilihanraya ke 15.

Masih menjadi tanda tanya apakah yang akan berlaku minggu hadapan dan apakah langkah PM mengatasi isu-isu yang berkaitan.

Apa pendapat anda?

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama