SEBAK KERANA SOALAN, KEMAYA ARI LIMA?



Cerita yang penuh dengan motivasi dan emosi. Sesuai untuk renungan semua peringkat umur walau di mana anda berada.

Orang dewasa dan belia boleh menjadikan kisah ini sebagai tauladan serta motivasi kehidupan.

Selepas membaca buku ini. Perspektif anda terhadap sekeliling anda akan berubah dan jauh di lubuk hati anda akan berasa bersyukur kerana lebih bernasib baik.

Artikel ini adalah ringkasan sebahagian dari banyak kisah yang ditulis dalam Kemaya Ari Lima yang ditulis oleh Cikgu Emmet.

Anda perlu membaca sendiri untuk mendapat lebih maklumat atau pengalaman yang mungkin anda tidak pernah rasai.

Kagum dengan kecekalan yang dilalui kanak-kanak seawal umur 7 tahun. Dapatkah anda bayangkan bagaimana umur ini berpisah dari ibu bapa dan berdikari sendiri.

Membasuh baju sendiri bertemankan dengan kawan-kawan seusia dengannya.

Sehingga terdapat cerita kanak-kanak ini keluar dari asrama dan pergi ke bilik kakaknya pada waktu malam besendirian sambil menangis kerana belum biasa.

Disiplin dan kecekalan ini juga melibatkan guru-guru yang mengurus mereka. Guru juga mempunyai hati dan perasaan sedih bercampur terharu dengan pengorbanan kanak-kanak ini.

Bagaimana jika anda melihat anak-anak ini menangis kerana makan seketul ayam disebabkan merasa kelazatannya yang jarang dia rasa di rumah sendiri.

Menitis air mata kerana mengenang adik beradiknya yang mungkin tidak dapat makan apa yang dia makan. Pemikiran dan hati yang jauh lebih baik dari usia mereka.

Jika anda berjumpa dengan anak-anak ini mengasingkan diri dari orang lain. Mungkin anda berfikir anak-anak ini tidak tahu bersosial.

Terdapat kisah di mana, ada antara anak-anak ini mengasingkan diri semasa anak-anak lain berada di kafeteria.

Anak ini mengasingkan diri kerana duit cukup-cukup untuk membeli keperluan yang lebih penting. Bagaimanapun, guru-guru  menyantuni mereka sehingga menitis air mata.

Antara yang menarik perhatian adalah kisah nyata kanak-kanak ini berkongsi baju, seluar dan kasut sekolah. Kisah yang bukan direka tetapi adalah kehidupan anak di sekitar Sarawak.

Membeli buku berbekalkan 90 sen dengan muka polos bertanya dengan gurunya. Adakah duit cukup untuk membeli buku? Bagaimana hati tidak tersentuh dengan situasi tersebut?

Dalam buku Kemaya Ari Lima penulisan Cikgu Emmet yang berasal dari Perak juga menulis pandangan beliau mengapa Sarawak begitu unik.

Antaranya adalah pergaulan tanpa syarat masyarakat Sarawak. Melayu, Iban, Melanau, Cina dan pelbagai lagi kaum di Sarawak.

Boleh berkongsi gelas yang bersama. Tidur bersama, bermain bersama dan membuat gotong royong sama-sama.

Lebih menarik lagi adalah bagaimana sebuah keluarga mempunyai berbilang bangsa dan agama.

Bagaimana orang bukan Islam membawa orang Islam menyediakan makanan disebabkan rasa hormat dengan hukum Islam berkaitan dengan isu makanan.

Bagaimana Masjid bersebelahan dengan Gereja di mana hari Jumaat Gereja membuka ruang tempat letak kereta untuk Orang Islam dan begitu sebaliknya pada hari Ahad.

Anda boleh dapatkan buku ini melalui butang yang disediakan di bawah







Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama