KECERDASAN DAN KEBIJAKSANAAN KEWANGAN (FINANCIAL INTELLIGENCE)

Artikel ini adalah kefahaman dan ringkasan serta terdapat sedikit penambahan penerangan dari buku RICH DAD POOR DAD.

Bahagian ini masih dalam pelajaran ke 4 atau bab 4 dalam buku tersebut.

Artikel yang harus anda baca sebelum membaca artikel ini adalah:

Bahagian ini dibincang agak panjang sedikit dari buku tersebut dengan penambahan perkataan bagi menerangkan poin-poin penting.

Kami tertarik dengan financial intelligence atau disebut sebagai  financial IQ yang membahaskan beberapa perkara penting dalam pengurusan kewangan.

Berikut adalah 4 elemen kebijaksanaan dan kecerdasan pengurusan kewangan orang kaya


PERAKAUNAN

Kemahiran memahami kedudukan nombor. Adakah nombor tersebut bernilai ataupun tidak. Bukan semua nombor besar itu bernilai atau sesuatu yang bagus.

Jika nilai bahagian liabiliti terlalu tinggi mengatasi kolum aset, ini bermakna kewangan anda dalam keadaan goyah dan menunjukkan beban kepada aliran kewangan.

Jika nilai perbelanjaan mengatasi pendapatan, ianya bermaksud pengurusan kewangan anda tidak dirancang dengan baik.

Banyak lagi keputusan boleh dibaca dari perakaunan. Jika anda tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran berkaitan perakaunan.

Anda boleh mulakan dengan memahami fungsi dan indikator yang ditunjukkan dalam penyata kewangan yang terdiri daripada kunci kira-kira dan penyata untung rugi.

Semakin besar jumlah wang yang anda uruskan, Maka semakin besar kadar ketepatan yang diperlukan. Kemahiran yang banyak menggunakan fungsi otak kiri.

Empayar perniagaan boleh runtuh jika anda tidak menguasai kemahiran ini. Kenali kekuatan dan kelemahan perniagaan melalui kemahiran ini.

PELABURAN

Ianya adalah sains dimana wang menghasilkan wang. Beberapa soalan lazim yang biasa dilontarkan oleh orang kebanyakkan.

Antaranya, adakah pelaburan itu selamat? Adakah pelaburan itu memberi jaminan keuntungan? Adakah pelaburan itu bukan sistem ponzi?

Soalan dari orang kebanyakkan akan dilupakan dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda dan menjanjikan pulangan yang lumayan.

Kebanyakkan terus kabur dengan nilai keuntungan yang dijanjikan dan akhirnya membuat keputusan menggunakan emosi berbanding akal.

Pelaburan risiko tinggi menghasilkan keuntungan yang tinggi dan cepat. Manakala pelaburan risiko rendah menghasilkan keuntungan rendah dan sedikit lambat

Pelaburan memerlukan anda memahami fundemental dan prospektus yang disediakan broker.

Aktiviti yang melibatkan strategi dan formula yang menggunakan aktiviti otak kanan

MEMAHAMI PASARAN

Mengenalpasti jumlah bekalan dan permintaan. Permintaan yang banyak bukanlah bererti pasaran tersebut berpotensi tinggi.

Anda harus mengimbanginya dengan mengenalpasti kekuatan bekalan. Memahami sentimen pasaran meliputi tempoh masa hari ini hingga tahun-tahun akan datang.

Permintaan tinggi bekalan rendah akan menyebabkan nilai naik dan jika permintaan rendah manakala bekalan tinggi akan menyebabkan nilai menurun.

Aspek lain yang perlu di fahami adalah seperti aspek ekonomi, politik, budaya, populasi dan sebagainya yang memberi impak kepada pasaran.

UNDANG-UNDANG

Antaranya adalah memahami undang-undang percukaian yang akan memberi impak langsung terhadap nilai pelaburan atau kewangan anda.

Terdapat banyak kemudahan pelepasan cukai yang diberikan kepada perniagaan yang berdaftar dan membenarkan pemilikan aset dengan kos yang rendah.

Di Malaysia, anda boleh menyemak pelepasan cukai di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Mengenalpasti belanja tidak dibenarkan yang akan memberi impak kepada nilai pendapatan yang dikenakan cukai.

Orang bijak akan mengambil peluang ini untuk mengembangkan perniagaan hingga ke tahap yang lebih besar.

Kita hidup dalam dunia saman menyaman. Orang kaya melindungi harta mereka di sebalik perniagaan yang didaftarkan dengan sah.

Orang kaya kelihatan tidak memiliki apa-apa, Manakala golongan pertengahan dan bawahan berusaha memiliki segalanya yang kemudian dikembalikan semula kepada kerajaan.

Mereka berpegang kisah Robin Hood yang mengambil wang orang kaya dan diberikan kepada orang miskin.

Anda akan sukar memahami 2 rangkap ayat di atas jika belum membaca artikel yang diterbitkan sebelum ini.

ORANG KAYA TIDAK BEKERJA UNTUK WANG
Buku Rich Dad Poor Dad edisi Bahasa Melayu

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama