GABUNGAN PARTI SARAWAK SEDIA HADAPI PRU-15

GPS sedia hadapi PRU 15

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal diadakan bila-bila pada tahun ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, GPS telah bersiap siaga menanti tarikh PRU yang bakal diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam masa sama, beliau berkata Kerajaan Sarawak terus menyokong kelulusan Undang-undang Anti-Lompat Parti, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada Rabu.

Jelasnya, perkara tersebut tidak menjadi masalah terhadap penggubalan Undang-Undang Anti-Lompat Parti itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis makan malam dan penyampaian hadiah Karnival Sukan Saberkas Samariang di Penview Hotel pada Rabu. 

- Sumber UKAS


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama