TANAH RUNTUH DI JALAN ENTABAI, JULAU

KEJADIAN tanah runtuh pada ketinggian 50 meter dari atas lereng bukit telah berlaku di Jalan Entabai, Julau, jam 7.23 pagi, pada 5 Oktober.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, sebaik sahaja menerima panggilan, 

tiga anggota diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, PPGB Nicholas Belulin bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda terus bergerak ke lokasi kejadian.

"Setiba pihak Bomba di lokasi kejadian di Jalan Entabai, Julau, mendapati telah berlaku tanah runtuh pada ketinggian 50 meter dari atas lereng bukit serta menutupi separuh jalan utama anggaran sepanjang 30 meter.

"Sementara itu, terdapat dua lagi lokasi kejadi yang sama berlaku di Nanga Beduie dan Nanga Beleguai, Merurun, Julau. 

"Hasil pemantauan bersama agensi lain di lokasi, pihak Bomba menjangkakan kejadian tanah runtuh boleh berlaku sekiranya hujan berterusan," kata jurucakap tersebut.

Jelasnya, pihak Bomba bertindak memasang tali sawar-sawar di ketiga-tiga kawasan kejadian sebagai amaran kepada penduduk sekitar dan pengguna jalan raya.

Perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah untuk tindakan lanjut.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama