FILEM SERATUS TAMPILKAN SERATUS PELAKON TERKENAL

FILEM Seratu merupakan filem pertama hasil gabungan antara dua produksi hebat Malaysia iaitu 

UNOMEDIA SDN BHD dimiliki oleh Basree Rakijan dan FJ PICTURES SDN BHD yang dimiliki oleh pengarah terkenal serta pemilik idea asal filem ini sendiri iaitu Feroz Abdul Kader.

Filem yang penuh dengan aksi mendebarkan ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz yang perlu menyelamatkan ibunya daripada dibunuh.

Hafiz perlu mencari semula wang RM100 yang mempunyai 'klu' tentang pendrive terkandung sebuah rahsia besar. 

Hafiz melalui pelbagai situasi mencemaskan demi mendapatkan wang RM100 itu sebelum ibunya mati dibunuh.

Pengarah terkenal Feroz Kader mengambil simbolik tajuk filem tersebut daripada wang kertas RM100 dengan penglibatan seratus pelakon tanah air. 

Beliau juga dengan beraninya mempertaruhkan Sharul Kamal sebagai tunjang utama dalam filem ini. 

Selain itu, Sara Ali, Marissa Yasmin, Fauzi Nawawi dan Wan Hanafi Su turut membarisi barisan hadapan filem Seratus ini. 

Filem ini juga dihiasi dengan  nama-nama besar seperti  Nora Danish, Dato Awie, Dato Adi Putra, Fify Azmi, Pablo Amirul, Syazwan Zulkifli, Izzue Islam, Beto Kusyairi, Nadiya Nisaa, Ungku Ismail Aziz dan ramai lagi. 

Penerbit UNOMEDIA SDN BHD, Basree Rakijan dan Datuk Wira Vincent Lye selaku penasihat telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengarah yang tidak asing lagi di dalam industri seni Malaysia iaitu Feroz Kader untuk menghasilkan sebuah filem berkualiti tinggi.

Tambahan pula, kerjasama telah terjalin selama 10 tahun membuatkan Basree Rakijan sangat berkeyakinan penuh dengan sentuhan pengarahan oleh Feroz Abdul Kader.

Beliau pernah memenangi Anugerah Pengarah Filem Terbaik Seri Angkasa pada tahun 2015 serta pemenang Pengarah Drama Terbaik, Anugerah Drama Sangat, TV3. 

Meskipun filem ini telah menjalani penggambaran dalam tempoh kawalan SOP pendamik Covid-19 dan pastinya telah melalui pelbagai masalah, 

namun filem ini berjaya disiapkan kerana mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat.

Filem Seratus telah dihiasi dengan lagu OST berjudul Bunga Terindah nyanyian pelakon utama iaitu Sharul Kamal. 

Filem ini juga bakal menemui penonton pada 6 Oktober 2022 di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama