AKTA ANTI LOMPAT PARTI AKAN BERKUATKUASA PRU-15

AKTA LOMPAT PARTI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar



KUALA LUMPUR: Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU 15) akan datang, kerajaan memberi jaminan undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar Parti.

Undang-undang tersebut telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang kita boleh lihat pada portal rasmi Istana Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, 

"ia akan berlaku sebelum PRU-15. Perlu bersabar dan saya akan tampil sekali lagi di hadapan anda (media) dalam tempoh terdekat."

"Saya akan memberi penjelasan lanjut pada masa tersebut." Menurutnya pada sidang media hari ini.

(sumber: Berita Harian online)

Dalam portal lain, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.13) 2022.

Mengenai peruntukkan Larangan Ahli Perlimen bertukar parti yang diluluskan pada mesyuarat kedua penggal kelima Parlimen ke-14 lepas.

(Sumber: Portal Astro Awani)

Rakyat kini banyak menarik nafas lega atas usaha ini. Ini kerana akta ini akan membantu menstabilkan ekonomi negara dan dapat menarik keyakinan pelabur.

Maklumat terperinci bagaimana akta ini akan dikuatkuasa. Kita sama-sama tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Tok Wan.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama