AFGAN BAKAL GEGARKAN KWJF 2022

PENYANYI popular Indonesia yang popular dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal gegarkan Kuching Waterfront Jazz Festival 2022 (KWJF 2022).

KWJF 2022 akan diadakan di Waterfront Walkaway Grand Margherita Hotel pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pada hari pertama KWJF 2022 (28 Oktober) menampilkan Ta'Dan (Sarawak), Hendri Rotinsulu With Jazmint Band (Indonesia), Noryn Aziz (KL), Freyja Garbett Quartet (Australia) dan Phum Viphurit (Thailand).

Pada hari kedua KWJF 2022 (29 Oktober) menampilkan KY Den (Sarawak), Ushera (KL), Leon Sapphire (KL), Down Wong & Arkroyal (Singapura) dan Afgan (Indonesia).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, seramai 4,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang dua hari festival tersebut berlangsung kelak.

“Saya sangat gembira melihat banyak acara seperti Kuching Waterfront Jazz Festival 2022 dianjurkan kerana ini mencerminkan bahawa kita sudah kembali normal seperti sebelum ini atau lebih baik daripada sebelumnya.

“Melalui acara ini, secara tidak langsung akan turut dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran Kuching Waterfront Jazz Festival 2022 di Tribes Jazz & Reggae Lounge, Hotel Grand Margherita pada Ogos lalu.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama