PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022 DI STADIUM LUSAIL

REKA bentuk Stadium Lusail, venue perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pada 18 Disember memaparkan ciri-ciri Islam-Arab menonjolkan motif dan elemen dari zaman kegemilangan ekspresi artistik dunia Islam.

Menurut agensi berita Qatar (QNA), Pengurus Operasi, Tamin El Abed, dalam temu bual berkata Stadium Lusail terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung 'fanar'.

Reka bentuk futuristiknya diilhamkan oleh interaksi cahaya dan bayang-bayang.

"Norman Foster, arkitek utama pembinaan stadium itu, mempelajari barangan antik Islam diukir tangan dan menggabungkan pasu emas dan tanglung fanar ke dalam reka bentuk stadium, venue indah yang kita lihat hari ini," kata El Abed.

Mengenai legasi bahawa stadium akan terbiar selepas tirai Piala Dunia FIFA 2022 Qatar dilabuhkan, El Abed berkata beberapa idea sedang dikaji untuk memanfaatkan ruang dalaman stadium selepas kejohanan.

Katanya, ia termasuk mengubahnya menjadi hab komuniti dengan kemudahan awam, termasuk unit rumah mampu milik, kedai, sekolah, kafe, kemudahan sukan dan klinik perubatan, lapor QNA.

 
- Sumber BERNAMA

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama