TAPAK JUALAN REGATTA SARAWAK DIBUKA

DEWAN Bandaraya Kuching Utara akan menawarkan tapak jualan di sepanjang Jalan Gambier, Kuching.

Jualan tapak tersebut akan bermula pada 28 hingga 30 Oktober 2022 (Jumaat, Sabtu & Ahad) sempena Pesta Dragon Boat.

Disusuli pada 4 hingga 6 November 2022 sempena Sarawak Regatta 2022.

Sebanyak 147 tapak telah disediakan dengan kategori Jualan seperti berikut:

  • tekstil, aksesori, permainan kanak-kanak - 60 tapak
  • makanan dan minuman - 77 tapak
  • makanan panggang - 10 tapak
  • food truck - 5 buah

Bayaran yang dikenakan untuk tempoh 6 hari tersebut adalah sebanyak RM160.00 setapak yang berukuran 10'X10'.

Para penjaja hendaklah menggunakan meja, kerusi Dan kanopi biru sendiri dengan ukuran 10'X10' semasa menjalankan aktiviti perniagaan.

Ini adalah memastikan keseragaman serta memudahkan kerja-kerja susun atur dilakukan.

Jualan petak akan diadakan pada 8 Oktober 2022 (sabtu) mulai jam 8.30 pagi di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Kuching. 

Semua petak jualan yang ditawarkan adalah atas dasar first come first serve.

Penjaja dikehendaki untuk datang sendiri Dan mestilah membawa dokumen pemohon serta pembantu seperti berikut:

  1. Dua keeping gambar berukuran passport.
  2. Satu salinan kad pengenalan.
  3. Satu salinan sijil kursus pengendalian makanan dan satu salinan laporan pemeriksaan kesihatan beserta suntikan pelalian anti tifoid atau satu salinan kad pengendalian makanan DBKU.
  4. Yuran pembayaran tunai - RM160

Semua penjaja diingatkan untuk mematuhi etika pengendalian makanan yang baik sejajar keperluan di bawah akta makanan 1983, peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009 Dan syarat yang ditetapkan oleh DBKU.

Penggunaan bekas styrofoam/polisterin sebagai pembungkus makanan adalah TIDAK DIBENARKAN kerana ia boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar Dan memudaratkan tahap kesihatan orang awam.

- Sumber DBKU


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama