HILANG BERSAMA JETSKI DI PULAU TALANG BESAR SEMATAN

Sematan: Menerima panggilan kecemasan. Anggota Penyelamat kemudian bergerak ke lokasi pada pukul 8 pagi.

Laporan diterima pada 16 September 2022 pada pukul 7.30 malam di Balai Polis Lundu.

Maklumat awal seorang lelaki bersama sebuah JETSKI hilang di kawasan perairan Pulau Talang-Talang Besar.

Mangsa Lee Chong Long 46 dipercayai berpakaian terakhir bewarna hitam semasa disedari hilang.

Rakan mangsa menyatakan mereka menaiki 2 jetski dari jeti Pak Amit Santubong untuk tujuan pandu uji jetski milik mangsa.

Mereka kemudian begerak menuju ke Pulau Satang sambil memancing. Memandangkan cuaca baik, mereka terus ke Talang Besar dan Telok Melano.

Selepas 10 minit rakan mangsa tidak melihat kelibat mangsa. Rakan mangsa kemudian berpatah balik ke Talang Besar untuk mencari mangsa.

Mangsa tidak kelihatan di sekitar tersebut dan kemudian rakan mangsa bertindak membuat laporan Polis untuk tindakkan selanjutnya.

Jentera Penyelamat melibatkan sebuah bot 60HP digunakan untuk aktiviti SAR. 

Pencarian tersebut melibatkan 7 anggota PDRM, 7 anggota Bomba, 8 anggota Marin, 24 anggota APMM, 11 anggota Sarawak Coastguard dan 3 pegawai unit Udara.

Setakat ini pencarian masih dijalankan dan mangsa masih belum dijumpai.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama