PANDANGAN CIKGU EMMET TERHADAP SARAWAK





Ahmad Faizal Bin Haji Osman pemilik facebook page Cikgu Emmet Menulis. Menjadi seorang guru pada tahun 1993 dan datang ke Sarawak 1995 hingga ke hari ini.

Bertugas sebagai penolong kanan pentadbiran sekolah pulau soduku kawasan Lingga Sri aman

Penulisan yang popular adalah Guru perak berjiwa sarawak

Cikgu Emmet berkongsi sejarah dan informasi menarik di Pulau Seduku. Penduduk yang tinggal di Pulau dipindahkan di lokasi Agropolitan.

Dengan kerjasama kerajaan Negeri dan Felcra. Lokasi lebih menarik dan selamat. Perkampungan baru Seduku terkenal dengan Mee Udang.


Pengalaman pertama Cikgu Emmet datang ke Sarawak adalah pada tahun 1992.  Mengikuti rombongan mengikuti program di IPG Batu Lintang.

Persepsi awal yang diterima sebelum beliau datang ke Sarawak adalah akan berjumpa orang dayak yang pakai cawat dan pelbagai lagi perkara negatif.

Namun, apabila beliau sampai di Sarawak. Beliau dapati tidak jauh perbezaan Sarawak dengan Semenanjung.

Tidak dapat membezakan Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh atau mana-mana bangsa di Sarawak. Muka semua hampir sama.

Beliau berjumpa dengan pegawai dari Sarawak berbangsa Iban. Tetapi beliau keliru kerana muka pegawai tersebut seakan Melayu.

Apa yang menariknya adalah, Cikgu Emmet dilayan dengan baik. Dianggap bagai adik beradik sepanjang berada di Sarawak dan tidak dianggap orang luar.

Cikgu Emmet benar-benar menetap di Sarawak pada tahun 1995. Setahun selepas berkahwin dengan wanita bumi kenyalang. 

SK Licok Roban Saratok merupakan lokasi pertama Cikgu Emmet mengajar di Sarawak. Pengalaman manis kerana dikelilingi alam flora semulajadi.

Antara perkongsian menarik Cikgu Emmet adalah beliau berjumpa dengan rakan semenanjung menyatakan, Kuching amat seronok kerana di Kuching tak ada Bangla.

Berbanding semenanjung Malaysia yang boleh dilihat merayau di segenap kota. Apa yang kawan beliau nampak adalah semua orang Melayu. Padahal sebenarnya banyak bangsa lain.

Cikgu Emmet kemudian berkata, Sarawak dijaga dengan baik dari segi kadaulatan dan kemasukkan pendatang asing. Diharapkan dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Cikgu Emmet menulis bermula dari selembar komen dan beliau menulis melalui dasar hati yang dalam.

Cikgu Emmet akan menulis jika diberi ilham atau timbul isu-isu yang mendorong beliau menulis. Masa-masa lain beliau lebih suka berkongsi infomasi dan ilmu motivasi.

Cikgu Emmet mula dikenali ketika isu Salib sedang panas beredar di media sosial. Isu rumah kedai sekitar semenanjung dijadikan gereja dan dinaikkan lambang Salib.

Penduduk di sekitar tersebut menentang dan memprovokasi isu tersebut sehingga gereja tersebut ditutup.

Banyak komen rasis dan menggunakan perkataan kebencian yang mengundang tidak senang hati ramai pihak.

Isu seperti ini tidak terjadi di Sarawak dan Cikgu Emmet berkongsi cicipan komen mengenai keharmonian di Sarawak.

Orang Melayu dan Orang Iban berkongsi rasa dan tempat. Boleh berkongsi cawan antara dua bangsa dan budaya besar yang berbeza.

Malah pelajar Iban sahur bersama dengan pelajar Malayu. Angkat Barang sama-sama walaupun nama berbeza. Mereka bagaikan adik-beradik Menurut Cikgu Emmet.

Mengapa praktik seperti ini tidak dapat dibuat di Semenanjung? Kami di Sarawak boleh bersama dan bersatu. Kata beliau lagi.

Bermula dari situ, penulisan Cikgu Emmet mula viral dan beliau semakin dikenali. Sahabat Cikgu Emmet iaitu Ustaz Ghairul menasihati beliau membuka FB Page untuk terus berkongsi.

FB page Cikgu Emmet Menulis dibangunkan pada 2015 dan terus mendapat banyak pengikut dari masa ke semasa.

Menarik juga untuk dikongsikan adalah orang Kelantan yang berada di Sarawak boleh berisimilasi dengan masyarakat tempatan berbanding jika mereka berada di tempat lain.

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman orang Kelantan lebih suka bergaul di kalangan Kelantanis sahaja.

Beliau dapati orang semenanjung datang ke Sarawak boleh bercakap bahasa tempatan selepas beberapa tahun.

Antaranya sahabat beliau dari Kelantan yang mengajar di Lepung Gat Hulu Balih Kapit. Sahabat beliau membawa semua keluarga datang ke sana.

Sehingga mereka melawat sahabat handai di rumah panjang tanpa ragu-ragu. Tolak ansur dan saling memahami adalah kunci keharmonian ini.

Pengalaman Cikgu Emmet ke rumah panjang adalah beliau dilayan dengan baik dan dihidangkan dengan air kopi. Tidak pernah dia dipaksa minum air tuak (air beralkohol).

Kalau kita orang Melayu nak bangsa lain hormat kita. Kita terlebih dahulu kena hormat bangsa lain. Jangan sombong dan jaga adab apabila bersama mereka orang Iban.

Cikgu Emmet pernah pergi ke Lepung Gat bersama Dato Wilson mengikuti upacara Miring. Upacara miring adalah upacara memuja kuasa luar biasa.

Dari situ Cikgu Emmet berasa serba salah apabila dipelawa untuk bersama dalam upacara tersebut. Islam melarang umatnya menyembah salain Allah Swt.

Namun begitu, Cikgu Emmet terus melangkah dalam kumpulan upacara Miring atas saranan sahabatnya yang sudah biasa dalam situasi tersebut.

Kebiasaanya dalam upacara Miring, setiap orang dikehendaki minum air tuak. Namun, ketua upacara tersebut tidak memberi air tuak (alkohol) dengan Cikgu Emmet.

Cikgu Emmet berasa lega dan semakin selesa kerana mereka amat memahami budaya orang Islam yang diharamkan minum air beralkohol.

Mereka orang Iban hanya nak Cikgu Emmet duduk bersama sahaja dalam upacara tersebut. Tidak perlu memuja atau menyembah apa yang mereka puja dan sembah.

Proses ini adalah proses belajar budaya orang lain tanpa ada niat untuk memuja dan ianya hanya sekadar silaturahim memahami budaya yang berbeza.


Kemudian Cikgu Emmet berkongsi perbezaan sambutan hari raya di Semenanjung dan Sarawak.

Menurut beliau, sambutan hari raya di Sarawak lebih meriah dengan pemakaian baju Melayu dan baju kurung lebih 7 hari berbanding di Semenanjung hanya menggunakan hari pertama raya sahaja.

Disebabkan itu, Cikgu Emmet membuat baju Melayu lebih satu pasang dan baju tahun sebelumnya juga digunakan kerana budaya sambutan hari raya yang unik ini.

Budaya anak-anak muda berkonvoi dengan baju Melayu lengkap bersampin memeriahkan lagi suasana hari raya sehingga lebih 7 hari.

Jika tidak memakai baju raya. Rasa macam asing dan kekok walaupun sudah masuk hari raya ke tujuh. Sekarang kebanyakkan Anak muda lebih suka bertanjak.

Lebih seronok lagi makanan yang disediakan semasa hari raya. Banyak kek dihidangkan seperti kek lapis dan kelupis.

Bangsa lain yang bukan beragama Islam juga turut memeriahkan hari raya sehingga ada yang memakai baju kurung dan baju Melayu.

Pesanan kepada Anak Sarawak yang disampaikan oleh Tok Nan. "Jaga Sarawak tok mena-mena".

Kekalkan perkara positif yang menjaga keharmonian, toleransi, hubungan antara kaum dan hormat-menghormati.

Apabila kita jaga semua ini. In sya Allah Sarawak akan dikenali sebagai negara perpaduan oleh United Nation.

Pesan Cikgu Emmet lagi, terus menyokong beloya2u dengan inspirasi menarik untuk orang Sarawak.

Jangan lupa like dan follow Facebook page Cikgu Emmet Menulis dan subscribe YouTube Cikgu Emmet Channel serta follow insta Cikgu Emmet Faizal.

Semoga rakyat dan negara Sarawak dirahmati Allah swt.




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama