CARA HADAPI MASALAH DIMASUKKAN GROUP TELEGRAM SCAMMER

APLIKASI TELEGRAM AUTO MASUK GROUP MERAPU DAN CARA MENGATASI



Banyak pengguna menghapuskan Aplikasi Telegram kerana mereka dapati wujud group-group telegram dalam senarai telegram mereka yang mereka tidak pernah join..

Masalahnya group tersebut merapu dan kebanyakkannya adalah skim-skim cepat kaya dan penipuan. 

Cara individu memasukkan anda di dalam group ini adalah dengan sistem atau perisian menyedut nombor dari group Telegram.

Channel Telegram yang boleh anda ikuti adalah Channel Telegram Usahawan Sarawakku Sayang. 

Channel yang memberi informasi sokongan bantuan usahawan. Terdapat pelbagai agensi menawarkan program-program yang menarik untuk membantu Usahawan. 

Klik butang di bawah untuk JOIN Channel Telegram Usahawan Sarawakku Sayang.


Ada juga bimbang dengan kewujudan individu yang menawarkan pekerjaan sebagai pelayan VIP sehingga ke ranjang dan ada yang berpura hendak membeli wang lama. 

YANG PALING PENTING!!! Jangan mengikut arahan meminta SCREENSHOOT Telegram Chat. Kaedah Scam mudah tapi ramai yang tertipu.

Jika anda mengikut arahan. Kod untuk masuk ke Telegram anda akan di ambil dan anda akan hilang kawalan Telegram anda.

Jika dapat mesej seperti ini. Sila tekan report dan block. Bagi mengatasi masalah dimasuk ke group-group telegram merapu. 

Telegram telah menyediakan aturan (setting) yang kebanyakkan orang terlepas pandang. Pastikan anda aktifkan setting ini.

Ikuti langkah berikut bagi memastikan Telegram anda dalam keadaan selamat dan teratur.

Caranya adalah:
  • Masuk ke aplikasi telegram
  • Tekan 3 garis yang terdapat di atas aplikasi
  • Tekan Setting
  • Tekan Privacy And Security
  • Tekan Group And Channel

Bahagian who can add me to group chats?

  • Aktifkan  bahagian My Contact

Berikut adalah gambarajah tatacara langkah demi langkah untuk menyahaktifkan orang yang tidak dikenali memasukan anda di dalam Group Telegram yang merapu.


Langkah 1 MASUK KE APLIKASI TELEGRAM DAN TEKAN 3 GARIS ATAS


Langkah 2 TEKAN SETTING APLIKASI TELEGRAM


Langkah 3 TEKAN PRIVACY AND SECURITY TELEGRAM


Langkah 4 TEKAN GROUP AND CHANNEL TELEGRAM


Langkah 5 LANGKAH TERAKHIR. AKTIFKAN MY CONTACT



Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak memudahkan anda menggunakan aplikasi Telegram dan memastikan penggunaan aplikasi ini lebih selamat





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama