KEMALANGAN MAUT HADAPAN PARAGON BATU KAWA KUCHING

Menerima panggilan kecemasan pada jam 11 malam Rabu. Bilik gerakkan menerima makluman berlaku kemalangan di jalan Batu Kawa.


Kemalangan tersebut melibatkan buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Mark X dan sebuah Proton Saga.

Kemalangan tersebut mengakibatkan 2 mangsa di dalam kenderaan Proton Saga tersepit.

Manakala 7 mangsa lain dalam kenderaan Toyota telah berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Seorang mangsa lelaki dan 2 kanak-kanak yang tidak sedarkan diri telah dibawa oleh ERMS Bomba ke HUS untuk tindakkan lajut.

Jumlah keseluruhan mangsa terlibat yang melibatkan 2 buan kenderaan adalah sebanyak 9 orang.

2 mangsa yang tersepit bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan rescue tool.

Mangsa yang tersepit berada di ruangan pemandu dan seorang lagi bahagian penumpang bahagian belakang.

2 mangsa tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi kejadian.

Anggota Bomba yang terlibat dalam operasi tersebut adalah seramai 13 orang dan agensi lain iaitu Polis dan KKM.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama