ANDA JENIS PELABUR YANG MANA SATU?

Bahagian ini menarik untuk dibincangkan kerana kami selalu menerima keluhan orang ramai yang terlibat dengan perangkap pelaburan skim cepat kaya.

Walaupun banyak informasi untuk menyedarkan orang ramai berkaitan skim ini. Tetapi masih banyak yang menjadi mangsa.

Anda juga boleh membaca senarai artikel berikut untuk mengukuhkan kemahiran kewangan anda. Artikel tersebut adalah seperti berikut:

Kenali diri anda. Anda kategori pelabur yang mana?


Menurut Robert T.Kyosaki dalam pembelajaran ke-5 buku Rich Dah Poor Dad, terdapat 2 jenis sikap pelabur.

Namun dalam artikel ini, kita senaraikan 3 jenis sikap pelabur. Senarai yang pertama adalah tambahan dan 2 yang terakhir adalah dari pandangan Robert T.Kyosaki.

PELABUR MENGKHINZIR BUTA

Jenis yang pertama adalah hanya memandang keuntungan. Keputusan berteraskan emosi. Mereka melabur akibat desakkan informasi siapa cepat akan beroleh keuntungan luar biasa.

Broker atau orang tengah selalunya akan bercerita keuntungan, kelebihan dan kebahagiaan. Mereka kurang berbicara mengenai risiko.

Kebiasaanya pelaburan ini adalah skim Ponzi. Walaupun banyak berita dan informasi betapa berisiko dan bahayanya skim ini. Tetap ada individu atau kumpulan membuat pelaburan.

Pelabur yang terakhir dalam hirarki akan menerima musibah wang hangus dan ini memburukkan silaturahim akibat janji bulan dan bintang.

PELABUR BERPAKEJ

Jenis yang kedua adalah moderat. Sederhana dalam membuat pelaburan. Hanya membuat pelaburan jika terdapat tawaran yang menarik.

Pelabur ini biasa membuat pelaburan dalam unit amanah, saham atau bon. Mereka pergi ke syarikat hartanah, broker saham atau perancang kewangan untuk membeli sesuatu.

Kaedah ini adalah pelaburan yang kemas. Perumpamaannya membeli komputer di kedai yang sudah siap dipasang dan boleh terus digunakan.

Pelabur boleh memilih antara 3 jenis risiko iaitu:
  • Kurang risiko
  • Risiko sederhana
  • Berisiko tinggi

Apa sahaja pelaburan yang dibuat, tetap ada risiko. Ini adalah kenyataan.

PELABUR MENCIPTA PELABURAN

Pelabur jenis ketiga adalah individu yang rajin. Berfikiran kreatif dan Memahami konsep kepintaran kewangan.

Pelabur ini umpama membeli komponen komputer untuk mencipta komputer mengikut citarasa dan keperluan semasa.

Pelabur ini mencipta peluang pelaburan melalui kepintaran kewangan (financial intelligence). 

Mampu melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat. Melihat potensi pelaburan melalui pengalaman dan minda yang kreatif.

Contohnya, Amy membeli sebuah rumah usang di pinggiran kota. Rumah tersebut sudah lama dijual tetapi tidak ada pembeli kerana keadaan rumah sudah terlalu lama.

Namun Amy membuat pelaburan tersebut bukan kerana rumahnya tetapi keluasan tanahnya.

Tanah yang boleh dibahagi kepada 4 lot. Dari situ, Amy mengaut keuntungan 3 kali ganda hasil pelaburannya.


ORANG KAYA TIDAK BEKERJA UNTUK WANG
Buku Rich Dad Poor Dad edisi Bahasa Melayu

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama