BAGAIMANA MEMOHON LESEN PERNIAGAAN DI LHDN


cara daftar perniagaan lhdn

Topik kali ini saya berkongsi pendaftaran perniagaan jenis milikan tunggal dan perkongsian


Jenis pendaftaran ini juga dikenali sebagai sole-prop.

Pendaftaran LHDN hanya terpakai untuk peniaga di kawasan Kuching sahaja. Untuk kawasan luar dari Kuching. Anda boleh membuat pendaftaran perniagaan di Pejabat Daerah terdekat.

LHDN Kuching Sarawak berada di Wisma Ting Pek Khiing. Bersebelahan dengan UTC. Beralamat di:


Sebelum anda membuat pendaftaran perniagaan. Beberapa perkara perlu ada sediakan iaitu:
  1. Tiga Nama perniagaan
  2. Bidang perniagaan
  3. Alamat perniagaan
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Salinan perjanjian sewaan alamat (jika menyewa)
  6. Salinan pemilikan bangunan. (jika pemilik bangunan)

Tiga nama perniagaan perlu disediakan kerana mungkin antara nama yang dipilih tidak dapat di daftarkan kerana sudah pun digunakan orang lain. Nama perniagaan menurut pengalaman saya. Nama tidak boleh campur bahasa english dan bahasa malaysia ataupun bahasa tempatan. Selain itu, nama tidak boleh mengandungi unsur-unsur keganasan atau hampir sama dengan tanda kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri.

daftar perniagaan LHDN


Bidang perniagaan adalah bahagian paling kritikal. Terdapat beberapa bidang memerlukan sijil pengesahan kemahiran atau kebolehan seperti ICT dan Menyediakan latihan. Selain itu, terdapat juga bidang memerlukan anda memohon kebenaran dengan pihak polis, bomba, kementerian kesihatan dan pelbagai lagi agensi. Pastikan anda kenalpasti keperluan ini.

Alamat perniagaan pula perlulah berstatus "premis perniagaan" (shoplot) dan bukan "ruang kediaman" (residential). Perkara ini adalah melalui pengesahan dari Perjabat Land and Survey. Surat pengesahan ini perlu dibawa semasa pendaftaran dibuat.

Jika anda rasa tidak ada masa untuk menyediakan terlalu banyak dokumen ini dan menghadapi masalah tiada alamat perniagaan. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan usahawan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran perniagaan. Tekan butang di bawah untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.


[klik untuk daftar]




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama