DENGAN INTERNET KITA SEMAKIN BOD ATAU BIJ?


MAKLUMAT PALSU DISEBARKAN OLEH PEMBENCI DAN DIPERCAYAI ORANG BOD


Dari dahulu selogan maklumat di hujung jari bagaikan suatu propa atau kenyataan ke arah masyarakat berilmu. Benarkan begitu atau sebaliknya.

Kajian menunjukkan masyarakat semakin keliru dengan maklumat yang terdapat dalam internet. Kemahiran asas mereka untuk membuat penilaian maklumat palsu atau benar amat rendah.

Menerima apa sahaja maklumat yang dirasakan mengancam diri atau menguntungkan diri sendiri. Membuat sebaran tanpa meneliti asal maklumat benar atau propa.

Kita ambil contoh mengenai teh. Jika anda membuat carian di google. Terdapat 2 ideologi yang berbeza mengenai teh. Gunakan kata kunci "kelebihan minum teh" dan satu lagi gunakan kata kunci "bahaya minum teh".

Jika anda membuat carian. Maka anda akan dapat maklumat berbeza dari dua kata kunci tersebut. Sekarang bagaimana?. Bayangkan anda diberi secara berterusan mengenai bahaya minum teh. Saya pasti, hasilnya anda tidak akan menyentuh teh. Padahal teh bagus untuk kesihatan.

Keliru? 

Bagaimana sekiranya ada individu atau kumpulan memberi maklumat bahawa si A atau bangsa A atau kumpulan A besikap ekstrem atau jahat. Perkara yang berulang ini akhirnya membuat anda percaya. Kecuali anda jenis yang berhati-hati dan analisis kebenaran maklumat.

Berapa ramai masyarakat kita yang ada masa atau rajin untuk membuat pengesahan maklumat. Mungkin 5% sahaja atau mungkin 7%? Anda bagaimana? Lebih suka mendengar satu cerita atau menyelidiki terlebih dahulu cerita atau info tersebut?

Kesalahfahaman ini memberi impak besar dalam masyarakat. Siapakah yang menyalurkan maklumat atau informasi kepada anda? 

MEDIA. Sama ada media dalam bentuk digital, televisyen, radio, video, teks, gambar atau apa sahaja atau di mana sahaja informasi anda perolehi. Sekalipun papan tanda besar di tepi jalan. Mampu mengubah prilaku seseorang.

Bagi mengelak anda terjerumus atau menjadi salah seorang penyebar berita atau cerita atau maklumat palsu. Elakkan berkongsi. Tak pasti jangan kongsi. Anda juga boleh menyemak berita palsu melalu sebenarnya.my. Tetapi jangan pula bergantung kepada laman sesawang tersebut. Gunakan metoda lain untuk pengesahan.

Pendek kata. Jangan kongsi berita di media sosial dan panjang kata. Kongsikan kasih sayang sesama insan. Saling membantu. Kurangkan kontrovesi dan tingkatkan prestasi.



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama