DAHULUI KETENANGAN DARI KEUNTUNGAN PERNIAGAAN


PRINSIP PERNIAGAAN MELETAKKAN KEUNTUNGAN SEBAGAI SASARAN NO DUA



Apabila anda membaca tajuk artikel. Mungkin anda berfikir apa gunanya berniaga kalau tiada keuntungan. Baik tak payah berniaga. Sebenarnya konsep ketenangan mendahului keuntungan adalah berniaga dengan jujur.

Menipu adalah aktiviti yang memenatkan dan membuat hati tidak tenang. Jiwa sentiasa tidak menerima kelebihan orang lain sehingga mencemuh dan cuba menjatuhkan orang lain adalah punca hati tidak tenang.

Untung mungkin dapat. Tetapi hati sentiasa bergelora melihat kejayaan orang lain. Adakah ini kepuasan dalam berniaga?. Apa pendapat anda?

Nak naik tak perlu jatuhkan orang lain. Tidak perlu mengatakan orang lain tidak sebagus diri sendiri. Buat sahaja apa yang anda usahakan. Fokus. Biar pelanggan yang menilai.

Jika anda berjumpa dengan individu yang suka mencemuh atau membuka aib orang lain. Hati-hati. Mungkin nama anda juga bermain di bibirnya suatu hari nanti.

Ketenangan juga adalah berniaga dengan tawakal. Berserah dengan Allah swt tanpa menyerah kalah dalam berjuang. Kalah atau menang dilihat sebagai hikmah. Berjuang untuk komuniti dan bukan sekadar peribadi.

Ada yang mengatakan keuntungan adalah matlamat dalam beniaga. Adakah jiwa mereka tenang dengan sikap yang sombong dan sentiasa memikirkan cara untuk memanipulasi pelanggan dengan cara yang tidak jujur?

Atau.. ada yang menyatakan perniagaan tidak akan besar jika tidak menggunakan cara kotor? Apa pendapat anda?

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama