Nama saya Maspaun. Saya memulakan perniagaan saya sebagai tukang jahit di rumah pada tahun 2005. Pada tahun 2009, saya telah menyewa kedai dan selama 17 tahun sampai sekarang.
Kami menyediakan pakaian kepada mereka yang hendak menghadiri keramaian. Contohnya, ketika mereka hendak keluar, susah untuk mereka memilih pakaian dan tidak dapat mencari pakaian yang sepadan. Selain itu juga, mereka mempunyi masalah ukuran pakaian yang tidak sesuai dan tidak sepadan. Oleh itu, kami dapat menyelesaikan masalah mereka dengan menyediakan pakaian yang sepadan, mengikut ukuran badan mereka dan mengikut kemahuan mereka.
Antara maklum balas daripada pelanggan kami adalah mereka menyatakan pakaian yang kami jahit sangat sesuai dan selesa untuk dipakai. Kami sangat berpuas hati dengan maklum balas daripada pelanggan kami. Di samping itu, kami diberitahu pakaian yang kami sudah siapkan untuk mereka sangat senang dipakai dan selesa tidak seperti pakaian yang dibeli diluar sana, kadang-kadang ukuran terlalu panjang atau pendek.
Antara produk yang kami jahit ialah baju kurung sekolah, baju kurung moden, baju kurung tradisional, baju batik, jubah dan sebagainya mengikut permintaan pelanggan.
Sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami, boleh datang di Kota Samarahan iaitu di kedai kami Kedai Benang Mas Tailoring. Bedekatan dengan ferri lama Kota Samarahan. Mudah untuk dicari berdekatan dengan kawasan Dewan Suarah bersebelahan Sekolah Datuk Trauh Taman MBS.
Antara pelanggan kami yang datang ialah dari Kuching, Serian, Desa Ilmu, Asajaya dan kebanyakkan mereka yang datang adalah dari kawasan Samarahan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 60105453307 dan layari FB Page kami BenangMas Tailoring.
Seorang usahawan haruslah mempunyai prinsip, terutamanya amanah, jujur dengan diri sendiri, menepati masa contohnya pelanggan menetapkan tarikh atau masa dan hendaklah kita menepati masa yang ditetapkan.
Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah
Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
0 Ulasan
Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.