BANTUAN SOKONGAN KOPERASI MEMBUKA KEDAI RUNCIT



BANTUAN MEMBUKA KEDAI RUNCIT UNTUK KOPERASI DI SARAWAK


Nama saya Anderson. Barangan Asas 100 (BA100) telah bermula di Sarawak pada 1 Julai 2020.  Kami beroperasi di aras bawah Pejabat Angkasa Sarawak, Jalan Matang dan sehingga hari ini sebanyak 35 buah koperasi atau pun outlet yang beroperasi di Sarawak. 

BA100 adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah koperasi yang berminat dalam sektor pemborongan dan peruncitan tetapi menghadapi masalah dari segi modal. Oleh itu, dengan menjadi sebahagian daripada projek BA100 ini, setiap koperasi ini diberi modal kredit RM10,000 untuk permulaan perniagaan. 

Antara koperasi yang berjaya dalam program BA100, sebagai contoh Kampung Lubuk Punggo, Simunjan. Anggaran pendapatan tahunan mereka adalah RM500,000 hasil daripada program ini. 

Selain daripada memberi bantuan modal sebanyak RM10,000 kepada koperasi yang terlibat dalam sektor pemborongan dan peruncitan atau projek BA100 ini, kami juga menyediakan perkhidmatan bimbingan, promosi, membantu masyarakat yang terkesan dengan pendamik Covid 19 ini dan juga membantu koperasi untuk mendapat pendapatan yang maksimum. 

Bagi koperasi yang beroperasi di negeri Sarawak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek BA100 atau pun ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan projek BA100 boleh datang ke pejabat JPAN Angkasa Sarawak, Jalan Matang dan hubungi kami di talian 6082536071 / 60198868208. 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Koperator haruslah memiliki dan berpegang dengan  prinsip iaitu penglibatan ekonomi oleh anggota, bukan hanya menyumbang modal tetapi turut bersama dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi. 

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS). 


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama