Nama saya Zurina. Perniagaan Spa saya bermula pada tahun 2018 di rumah dan secara Mobile Spa. Pada tahun 2021, saya telah membuka sebuah kedai yang terletak di Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Bagi mereka yang mempunyai masalah badan lesu, sukar untuk hamil, memerlukan jagaan dalam pantang dan masalah hubungan suami isteri, semuanya kami boleh selesaikan dengan servis urutan keseluruhan badan.
Antara testimoni pelanggan yang paling terbaik kami terima adalah suami mereka sangat suka ketika bersama dengannya. Selain itu, hubungan suami isteri antara mereka sangat baik. Alhamdulilah, selepas mereka membuat urutan keseluruhan badan, pelanggan kami berjaya hamil dengan izin Allah.
Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah urutan dalam pantang, urutan tradisional, urutan keseluruhan badan, urutan saraf, bekam dan facial.
Sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami boleh datang di premis kami di Desa Ilmu atau kami juga menyediakan perkhidmatan mobile spa di kawasan Kuching, Samarahan, Asajaya dan Samarindah. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi kami boleh whatsapp atautelefon kami di talian 601151434600 dan layari FB Page kami ZS Aura Beauty and Wellness.
Bagi usahawan yang ada diluar sana jangan berputus asa, jangan mengalah dan terus melangkah kehadapan.
Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah
Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
0 Ulasan
Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.