POTENSI PERNIAGAAN COKLAT BORNEO


Nama saya Regina Lambor iaitu pemilik Syarikat D'Mami Recepi Sdn Bhd. 
Saya mengeluarkan produk koko coklat iaitu Borneo Koko Coklat. Pada tahun 2018, saya pergi  ke sebuah rumah panjang, saya melihat seorang kanak -kanak antara berumur 4-5 tahun, memakan milo yang sudah terlalu lama seperti yang telah saya  lakukan dahulu dan  saya pun merasakan bahwa saya perlu melakukan sesuatu supaya coklat boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat dengan harga yang murah dan berbaloi. 

Pada Julai 2019, saya mendaftar geran pembungkusan dan pelabelan daripada Jabatan Pertanian Sarawak, Malaysia. Pada tahun 2021, saya mendapat geran pembungkusan dan pelabelan serta saya mendapat Pensijilan Halal dan Mesti daripada geran Mara. 

Awal Februari 2019, sebelum pkp, kami telah melakukan satu kaji selidik  kepada beberapa peserta. Kita mengambil seratus peserta dan dalam kajian itu kita mendapati enam puluh tujuh peratus daripada peserta itu menyatakan bahawa coklat koko lebih sedap daripada beberapa jenis jenama coklat di pasaran.

Kita ada madu kelulut, Coklat Terung Asam, Coklat Empelajo, Coklat Lada Hitam Pudina, Milk Cocoa daripada gula apong, Coklat Rajah White daripada beras wangi Lingga, Coklat Local Prince daripada beras hitam Bario dan garam bukit, kita ada Coklat Spring Herbs daripada tongkat ali, genseng dan juga kopi, Coklat Angel Pearl daripada Majum dan Coklat Princess Zyca daripada salai durian. 

Kami memproses coklat di Lubuk Antu, Sri Aman Sarawak lebih kurang lima kilometer dari sempadan Indonesia. Ini adalah kawasan pendalaman. Di samping itu juga, coklat kami telah pun berada di pusat membeli-belah di seluruh Sarawak iaitu Miri, Sibu, Bintulu dan Kuching. Selain itu juga, coklat kami berada di Sabah  dan Semanjung Malaysia.  

Sekarang ini kami masih dalam perbincangan untuk menghantar produk-produk coklat kami ini di Asian Mall dan Petani Thailand. Harapan kami pada masa depan, coklat yang mewakili coklat Borneo dari Sarawak ini iaitu coklat Borco boleh menyebarkan sayapnya ke Eropah. 

Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen-agen coklat Borco dan ingin merasai bagaimana nikmat coklat Borco iaitu coklat berasal dari Borneo boleh menghubungi saya di talian 0119863407 ataupun layari laman FB Page Borco. 

Menjadi usahawan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang susah. Ia bergantung pada keinginan dan hasrat kita. Jadi untuk menjadi usahawan, yang penting kita mesti ada objektif , misi dan visi. Percaya kepada proses kita akan mampu mencapai impian kita. 

Terima Kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).


Catat Ulasan

0 Ulasan