BELI RUMAH KERETA WALAUPUN BERNIAGA DI TEPI JALAN

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN AKAUN PERNIAGAAN DI KUCHING SARAWAK


Saya telah memulakan perniagaan ini pada tahun 2015 dan mempunyai pejabat di Satok. Pada akhir 2018, kami telah berpindah di pejabat baru bertempat di Metrocity. 

Sebagai seorang pemilik perniagaan atau usahawan slip gaji mereka adalah merupakan laporan kewangan mereka. Kami membantu usahawan-usahawan untuk menyediakan slip gaji mereka. Ini kerana untuk memudahkan urusan mereka membuat permohonan pembiayaan seperti membeli rumah, kereta ataupun membuat pinjaman perniagaan. 

Kami ada seorang pelanggan beberapa tahun lepas yang mempunyai perniagaan dalam urutan. Pelanggan tersebut berusaha untuk membeli rumah kepada ibunya. Selama dua ke tiga  tahun yang pertama semasa berniaga, pelanggan tersebut pergi ke bank tetapi tidak diluluskan kerana bank memberitahu bahawa pinjaman ini memerlukan beberapa dokumen. Setelah berjumpa dengan kami, pihak kami menerangkan perkara-perkara yang harus disediakan oleh pelanggan tersebut. Alhamdulillah, selepas itu, pelanggan tersebut telah berjaya membeli sebuah rumah yang berharga RM420,000.

Dari segi perkhidmatan, APlus Management lebih kepada perunding kewangan kerana kita memfokuskan untuk membantu usahawan membuat rekod akaun daripada A to Z. Manakala dari segi caj, bergantung kepada perolehan, jualan, aset-aset syarikat dan  transaksi akaun. Cara perkhidmatan kami menentukan harga ialah caj mengikut asas sejumlah RM50 sebulan dan  dikira  dalam masa setahun, 12 bulan ialah RM600. Kalau dicampur caj untuk pengurusan cukai, penyerahan dokumen, kesemuanya dianggarkan dalam RM900. Sekiranya ada tempoh bulanan yang tidak berapa aktif kami akan mengurangkan lagi caj perkhidmatan.

Kami mempunyai dua pejabat  iaitu di Satok atas Fuyu Cafe, dan satu lagi di Metrocity. Kalau di Metrocity boleh cari  bahagian Cafe 37 atau Gigit Rangup Corperation dan kami terletak di tingkat atas lot kedai tersebut. Pelanggan kami sekarang adalah dari seluruh Sarawak sehingga di kawasan Lawas. Selain itu juga, di Johor dan Selangor, mereka ini adalah lebih kepada  agen-agen dan beberapa kawan-kawan yang membuat perniagaan Enterprise. 

Kebanyakan orang berfikir duit syarikat boleh dibelanjakan seperti duit personal. Di sebabkan itu, perniagaan tidak dapat berkembang. Oleh itu, hendaklah kita berdisiplin, teratur, tersusun dalam merancang dan membelanjakan kewangan syarikat. Banyak orang takut apabila mereka membelanjakan kewangan mereka untuk pemasaran  tetapi mereka tidak memikirkan perbelanjaan untuk mengurusan kewangan, sedangkan ia adalah sangat penting. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. Boleh hubungi saya melalui whatsapp di 60198469591 atau email ke aplusmcs.sb@gmail.com

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama