Nama saya Sahatden. Pada tahun 2020 kami memulakan perniagaan kami iaitu Geboo Bakery di rumah sahaja. Selepas itu, pada tahun 2021 kami membuka satu gerai dan kilang untuk memproses Roti Gebu sehingga sekarang .
Saya memilih perniagaan ini kerana isteri saya mahir dan berminat dalam pembuatan roti ini. Salah satu tujuan kami ialah untuk membantu memberi peluang pekerjaan termasuk OKU 4 orang yang masih bekerja dengan kami sekarang. Sekiranya anda menyokong perniagaan kami secara tidak langsung anda dapat membantu golong OKU ini.
Antara ulasan dan pendapat daripada pelanggan kami dari Semenanjung, apabila mereka singgah di Geboo Bakery kami, mereka merasakan dua keping roti dan keesokkan harinya mereka datang kembali untuk membeli roti dengan kuantiti yang banyak. Di samping itu juga, mereka memberi cadangan kepada kami untuk membuat produk roti ini secara frozen supaya senang untuk dibawa ke Semenanjung.
Antara produk-produk yang kami bekalkan dalam bentuk pembungkusan ialah roti kukus yang mempunyai pelbagai perisa dan roti bantal. Selain itu juga, kami mempunyai satu lagi perniagaan iaitu dalam bidang IT. Kami membekalkan produk-produk IT. Sekarang lokasi kami berada di kawasan Samarahan dan kami boleh membekalkan produk- produk IT di mana-mana tempat yang berdekatan seperti Kuching Serian dan Simunjan.
Selepas ini kami akan membuka gerai-gerai mini atau gerai-gerai yang kecil di semua tempat yang berdekatan dengan kawasan Samarahan. Kami juga akan membuka gerai di Kuching pada masa akan datang dan pada waktu yang terdekat ini.
Jika ada sesiapa yang berminat untuk berkolaborasi bersama Geboo Bakery untuk membuka cawangan-cawangan gerai Gebo Bakery, boleh hubungi kami melalui email gebuinfo@gmail.com atau di talian 0145757400. Sesiapa yang ingin membeli produk-produk Gebo dengan kuantiti yang banyak boleh hubungi kami juga.
Prinsip perniagaan saya ialah saya akan membuat perancangan dahulu sebelum saya melaksanakan sesuatu perniagaan, usaha sehingga berjaya dan pada masa yang sama saya tidak akan berhenti untuk meneruskan perniagaan Geboo Bakery ini kerana saya yakin perniagaan ini boleh pergi lebih jauh lagi.
Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah
Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.
0 Ulasan
Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.