POTENSI PERNIAGAAN BUNGA BY EPHY

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK


MEMBEKAL BUNGA SEKITAR KUCHING UNTUK ORANG TERSAYANG


Nama saya Nurisnani (Ayu). Saya bermula perniagaan bunga ini pada tahun 2014, di rumah kediaman. Pada tahun 2020, saya meyewa sebuah pejabat untuk meneruskan perniagaan ini. 

Salah satu tujuan saya menjual bunga ini adalah untuk merapatkan silaturahim, untuk membantu masalah-masalah hubungan pasangan jarak jauh, untuk buat kejutan hari lahir buat pasangan yang jauh. Namun, tidak semestinya untuk masalah pasangan yang jauh sahaja, untuk keluarga, ibu bapa, suami isteri juga boleh dan termasuk adik beradik serta kawan-kawan.  

Salah satu pengalaman yang paling menyeronokan ialah salah satu perlanggan saya dari Dubai dia menghantar bunga kepada ibunya. Penghantaran tersebut bukan untuk hari kelahiran ibunya atau untuk apa-apa sambutan. Pada masa itu, apabila ibunya menerima bunga tersebut ibunya merasakan sangat berterima kasih. Di sebab peristiwa itu, saya bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini. 

Antara bunga-bunga yang saya sediakan ialah Roses, Zebra, Daisy, dan Orchids. Salah satu bunga yang paling popular untuk pasangan ialah Lily dan sangat sesuai untuk orang tua. 

Kepada sesiapa yang merindui, ada masalah-masalah hubungan tidak kira ibu bapa, pasangan, atau suami isteri, cepat-cepat hubungi saya. Saya boleh membantu menyelesaikan masalah anda untuk menyampaikan kasih sayang itu kembali. Saya boleh menghantar mengikut jenis-jenis bunga yang sesuai dengan relationship anda. 

Lokasi pejabat saya bertempat di Tabuan Tranquility, 1st floor iaitu bersebelahan dengan E-mart dan CS Market Tabuan. Kepada orang Kuching terutamanya, Samarahan, Lundu dan Serian boleh hubungi saya  untuk menghantar bunga kepada yang tersayang.

Sesiapa yang tengah merindui orang yang tersayang, boleh layari sosial media kami di IG Bloomers.Malaysia dan FB Page Bloomers atau di talian 60178928627. 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS) 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama