POTENSI PERNIAGAAN HYDROPONIK BY SYED

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

MEMBEKAL SAYUR HYDROPONIK UNTUK WARGA KUCHING SARAWAK


Nama saya Syed Alaydrus (Poji). Permulaannya, farm kami berada di sebelah rumah sahaja dengan keluasan yang tidak besar dan mempunyai 16 port sahaja. Selepas itu, timbul minat kami dalam bidang hydroponik ini dan kami membina mini farm yang bersaiz 20-30 meter keluasannya untuk memasukkan 1000 port di dalam farm. 

Sekarang ini kami bertempat di Wetland Agro Farm dekat Sungai Buah di kawasan Rampangi. Kami bekerjasama dengan Wetland Agro Farm iaitu pemilik bersama ialah Tuan Wan Alwi daripada Kampung Lintang. 

Saya memilih dalam bidang pertanian hydroponik ini kerana sayur yang dihasilkan selamat untuk di makan. Walaupun kami menggunakan racun, tetapi racun yang kami gunakan adalah dari bahan organik. Oleh itu, sayur yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan oleh semua lapisan masyarakat dan tidak perlu risau dengan keselamatan dari segi faktor kesihatan dan sebagainya. Malah hospital juga mencari orang yang membekalkan sayur hydroponik ini.

Antara maklum balas daripada pelanggan kami yang membeli sayur hydroponik ini, sayur yang kami jual sangat bersih. Sayur hydroponik ini dapat bertahan selama 2 ke 3 hari kalau tidak dimasak  walaupun diletakkan di luar sahaja. Kebanyakan pelanggan kami yang datang adalah  dari restoran dan kami juga mempunyai pelanggan tetap kami. Pihak restoran lebih memilih sayuran hydroponik ini terutamanya ialah sayur bayam. Ini kerana sayur bayam hydroponik yang kita jual tidak berpasir dan bersih. Ianya berbeza kerana tanaman kita bekalkan sangat bersih dan tidak perlu risau dengan tahap kebersihan sayuran manakala ada di tempat lain mereka menjual sayur-sayuran mereka yang masih berpasir dan bertanah. Apabila kita membekalkan sayuran kepada pelanggan kita, mereka  sangat menyukai dan setelah membeli mereka akan terus membeli berulang kali. Sampai ke hari ini , sayuran yang kita ada juga tidak mencukupi. Seperti yang anda lihat kini semua sayuran yang kami bekalkan sudah habis kerana di hantar pada minggu yang lepas. 

Antara sayur yang kami bekalkan kepada restoran dan pelanggan tetap kami adalah sayur sawi bayam hijau, sayur kailan, sayur kangkung, sawi batang putih, dan sawi batang hijau. Sayuran seperti salad kami belum memfokuskan untuk ke arah sayuran itu kerana kami lebih memfokuskan kepada sayur yang biasa dan sawi kerinting. Ini kerana bergantung dengan permintaan setiap hari daripada pelanggan kami. Sayuran yang kami bekalkan sekarang ini, kebanyakannya di kawasan Petra Jaya, di luar Kuching sehingga ke kawasan Batu Kawa. Setakat ini, sayuran yang kami ada masih belum mencukupi untuk dibekalkan. 

Kami berharap perniagaan dalam bidang sayur-sayuran hydroponik ini akan  dapat pergi dengan lebih jauh lagi. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan setiap pagi kami boleh membuat penghantaran kepada anda. Sila hubungi kami melalui whatsapp atau telefon kami di talian 0198158580 (24 jam). 

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS). 


KLIK SINI UNTUK TEMPAH SET HYDROPONIK




 

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama