JANA PENDAPATAN DENGAN MEE KUNING ZAIDAH

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

MEMBEKAL MEE KUNING BERSIH HALAL KUCHING SARAWAK


Nama saya Nazri Aboi sebagai pengusaha Mee Kuning. Mee Kuning Zaidah ini berasal dari Sarikei. Kami mula beroperasi pada tahun 1990-an dan bersama-sama pihak keluarga isteri saya. Pada tahun 2019, kami menjumpai satu mesin untuk pembuatan mee kuning. Selepas itu, kami cuba beroperasi perniagaan kami di Kuching pada March tahun 2020. 

Di pasaran, kebiasaan mee kuning akan berbau kapur dan berbau ubat. Kadang-kadang apabila kita makan mee tersebut kita akan merasa mual sehinggakan mee tersebut tidak dapat dimakan. Berbeza dengan mee kuning Zaidah kerana tiada pewarna, tiada pengawet dan tiada asid boric. Rasanya lebih natural dan lebih sedap untuk dimakan. 

Setakat ini, kami mendapat maklum balas daripada pelanggan kami bahawa sebelum ini mereka tidak dapat makan mee kuning kerana berbau. Akan tetapi mee kuning Zaidah boleh makan tanpa mencuci kerana rasanya lebih natural dan tidak berbau ubat. Ini adalah penyelesaian kepada mereka yang tidak dapat makan mee kuning sebelum ini. 

Mee kuning yang diproses dan dikeluarkan oleh kami adalah produk seratus peratus keluaran bumiputera dan beratnya berjumlah 500g. Produk mee kuning Zaidah ini, tiada pewarna, tanpa pengawet, tanpa asid boric dan natural. Selain itu, kami ada memproses mee kolok, mee kuning kering, mee kolok kering dan pati char kueh tiaw. Pati char kueh tiaw ini bermacam-macam kegunaan. Selain digunakan untuk pati char kueh tiaw, pati ini boleh digunakan untuk mengoreng mee. Ianya sangat mudah tanpa mencampurkan dengan bahan-bahan lain. Sekiranya anda hendak memasukkan telur atau tidak, juga boleh dan sangat mudah digunakan untuk memasak mee dengan pati ini sahaja. Selain itu, pati ini boleh digunakan untuk BBQ, perap kambing, perap ayam dan perap daging, ianya seribu satu kegunaan. 

Lokasi kilang kami terletak di  Kilang Industri Mara iaitu di kawasan Demak Laut. Kami memprosess mee kami di sini dan setakat ini kami membekalkan keluaran mee kami di sekitar Kuching, Samarahan, Bau, Sematan, termasuk di kawasan Sebuyau, Maludam dan Serian. 

Kami mengalu-alukan usahawan di seluruh Sarawak untuk meningkatkan pendapatan dengan menjadi pasukan kami sebagai pengedar mee yang sedap di seluruh Sarawak. Sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh menghubungi kami di talian 60138848434.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Prinsip seorang usahawan, hati hendaklah cekal dan kental dengan situasi yang kita alami sekarang ini. Kita mestilah bertahan dan berjuang selagi mampu. 

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama