INSPIRASI PERNIAGAAN MAKANAN MINUMAN BY MILAH

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

Saya bermula perniagan ini di tepi jalan. Selepas itu, saya ditawarkan oleh sahabat saya untuk  berjual di warung selama dua tahun lebih. Sewaktu saya bejual pada masa itu, saya  mendapat tawaran daripada SEDC dan menawarkan saya untuk berjual di Kubah Ria, iaitu gerai  No. 42. Sehingga sekarang gerai tersebut masih beroperasi dan telah dijaga oleh anak saya. Sekarang, saya berjual di Kafe Kanda yang  terletak di kawasan Petra Jaya. 

Saya memilih bidang ini kerana saya berminat dalam bidang masakan. Apabila saya memasak, saya melihat pelanggan-pelanggan saya menjamu selera dengan masakan yang saya hidangkan dan saya sangat berpuas hati. Di samping itu juga, saya melihat reaksi pelanggan saya mempunyai selera makan dan sangat berpuas hati dengan makanan yang saya sediakan untuk mereka. 

Antara maklum balas daripada pelanggan saya, mereka sangat menyukai masakan saya seperti tom yam dan nasi goreng. Semasa kami berada di Kubah Ria, kami juga menyediakan menu yang sama. Pada waktu yang sama, pelanggan kami  bertanyakan di mana lagi tempat kami berniaga. Saya memberitahu pelanggan saya bahawa saya ada membuka satu lagi kedai di kawasan Petra Jaya iaitu di Kanda Kafe. Ini kerana pelanggan tersebut ingin merasakan masakan tomyam dan mee goreng saya. 

Antara makanan yang kami sediakan di Kafe Kanda ialah nasi campur, makanan ala carte, dan makanan bergoreng. Untuk masakan nasi campur kami bermula menjual pada waktu pagi. Kafe Kanda terletak di Petra Jaya berhadapan dengan Sekolah Petra Jaya. 

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan katering, kami ada membuat servis katering di kawasan Kuching hingga ke kawasan Samarahan. Sesiapa yang berminat untuk menghubungi kami, boleh hubungi kami di talian 60128940088. 

Sebagai seorang usahawan kita seharusnya jangan berputus asa dan sentiasa menerima cabaran yang akan mendatang. Cabaran ini tidak akan pernah habis, cuma kita mampu atau tidak mampu untuk melawan cabaran itu. 

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).

Catat Ulasan

0 Ulasan