GERAN USAHAWANITA UNTUK USAHAWANITA SARAWAK


Apa khabar pembaca beloya2u. Kali ini saya nak kemaskini mengenai geran wanita yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS). Borang tersebut dihantar secara offline. Terlebih dahulu anda perlu mendapatkan borang tersebut. 

Dengan teknologi sekarang. Anda boleh sahaja muat turun borang secara online. Banyak borang dalam bentuk PDF dikongsikan di laman sosial dan aplikasi chat seperti whatsapp dan telegram. Namun begitu, saya menerima aduan usahawan tidak tahu mengenai perkara ini. Disebabkan itu, saya mengambil anisiatif membuat artikel ini. Di hujung artikel ini, saya sediakan satu link khas. Dimana, anda boleh muat turun borang Geran Bantuan Usahawanita tersebut.

Sebelum itu, saya ingin menyenaraikan terma dan syarat permohonan saya saya perolehi dari group whatsapp. Terma dan syarat adalah seperti berikut:

  • Borang haruslah lengkah di isi dan disertakan dengan lampiran
  • Wanita yang berusia 18 tahun ke atas dan bermastautin di Sarawak
  • Bukan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah prihatinPKS+ berjumlah RM3,000 dan dana khas di bawah bantuan khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 berjumlah RM1,500
  • Bantuan yang diberikan adalah bernilai RM2,000 bagi setiap usahawan
  • Penerima bantuan dikehendaki mengemukakan laporan perniagaan yang dijalankan kepada pihak urusetia JWKS selepas 3 bulan penerimaan

Jika terdapat kesilapan atau perubahan. Anda boleh maklumkan kepada admin. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui maklumat berikut:

No Faks: +6082447937 | +6082447207

Alamat:
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
Wisma Wanita, Jalan Bakti, Off Jalan Sultan Tengah,
Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching Sarawak


Jangan lengahkan masa. Lakukan sekarang. Dapatkan borang, isi dan hantar ke JWKS segera. Jangan bertangguh. Anda boleh muat turun borang dengan KLIK butang di bawah





Catat Komen

0 Ulasan