PEMBEKAL SISTEM HYDROPONIK



Apa khabar semua. Kali ini saya nak berkongsi mengenai tanaman Hidroponik (hydroponics). Menanam sayur tidak memerlukan tanah. Hanya memerlukan aliran air yang cukup dan span khas iaitu dikenali sebagai rockwool. Air dimasukkan di dalam tangki khas dan air dicampurkan dengan baja untuk membekalkan nutrien kepada tanaman.

Tanaman tidak bercampur dengan bahan kimia. Jadi, tanaman yang akan dihasilkan adalah tanaman organik. Namun begitu, jika mengambil kira keadaan sekeliling dengan lebih mendalam lagi seperti keadaan sekitar sama ada laluan kenderaan atau terdapat pencemaran. Mungkin tanaman tersebut tidak disebut sebagai Organik.

Aliran air di aktifkan 24 jam dan kos elektrik lebih kurang RM6 ke RM10 sebulan. Pam dimasukkan di dalam tangki  dan aliran air masuk serta keluar berlaku di dalam tangki. Tangki juga hendaklah selalu diperiksa, bagi memastikan tiada ruang untuk nyamuk masuk. Jika tidak, maka tangki anda akan dipenuhi jentik-jentik.

Kebiasaannya tanaman mengambil masa yang singkat untuk pembesaran jika tanaman cukup nutrien dan cahaya matahari. Ikuti langkah-langkah yang disarankan oleh individu profesional dan berpengalaman.

Saya sendiri mencedok pengalaman orang lain dan menjadikan aktiviti bertanam sebagai hobi. Seronok melihat perkembangan tanaman setiap minggu. Menjadikan tanaman sebagai hobi memberi kepuasan dan yang penting sekali adalah:

  • Menjimatkan belanja harian kerana tidak perlu membeli sayur selalu
  • Lebih yakin dengan kebersihan sayur ditanam sendiri
  • Menjimatkan masa kerana pemantauan minimum
  • Dapat bersedekah apabila terdapat lebihan sayur yang boleh dituai
  • Jika kena pada tempat, anda boleh mengkomersialkan tanaman anda

Jika anda berminat untuk memiliki set Hydroponic. Anda boleh tengok gambar-gambar di bawah dengan harga sekali. Set tersebut disertakan dengan tangki air, pam air, baja, biji benih dan set tempat menanam.

Untuk warga Kuching. Perkhidmatan pemasangan dan penghantaran adalah percuma. Untuk membuat tempahan. Whatsaap dengan klik butang berikut 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]



Berikut adalah jenis SET Hydroponic:

pembekal sistem hydroponic kuching sarawak

pembekal sistem hydroponic kuching sarawak

pembekal sistem hydroponic kuching sarawak

pembekal sistem hydroponic kuching sarawak


Untuk warga Kuching. Perkhidmatan pemasangan dan penghantaran adalah percuma. Untuk membuat tempahan. Whatsaap dengan klik butang berikut 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

1 Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama