LESEN UNTUK BERNIAGA DI RUMAH NEGERI SARAWAK


POLISI DAFTAR PERNIAGAAN MENGGUNAKAN ALAMAT RUMAH


Terdapat beberapa jenis perniagaan yang boleh di daftarkan menggunakan alamat rumah. 

Sebelum itu, anda perlu mengetahui pendaftaran lesen perniagaan menggunakan alamat rumah boleh dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Daerah.

Bagi pendaftaran melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri hanya beberapa bidang sahaja dibenarkan mendaftar menggunakan alamat rumah.

Antaranya adalah bidang pengangkutan dan tailoring atau jahitan. Maklumat ini adalah kemaskini Ogos 2022. Sebelum ini, katering dibenarkan menggunakan alamat rumah. 

Polisi sentiasa berubah dengan aktiviti perniagaan yang semakin kompleks.

Pendaftaran di SSM pula adalah kategori ezbiz yang boleh menggunakan alamat rumah. Kewujudan ezbiz adalah untuk mengatasi usahawan atas talian yang tiada lesen perniagaan. 

Mereka tidak mempunyai premis sendiri. Namun begitu, pendaftaran ezbiz hanya tertakluk di Sabah dan Semenanjung Malaysia sahaja.

Jika rakyat Sarawak mendaftar perniagaan menggunakan ezbiz. Mereka dikehendaki menggunakan alamat Semenanjung Malaysia ataupun Sabah. 

Saya dapati terdapat perunding pendaftaran perniagaan memberi perkhidmatan mendaftar perniagaan ezbiz dengan caj sehingga RM500.

Pejabat daerah untuk negeri Sarawak juga tertakluk kepada polisi yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Tetapi pendaftaran perniagaan di Pejabat Daerah lebih mudah berbanding LHDN dan ianya bergantung kepada pegawai yang berurusan dengan anda.

Mungkin anda mempunyai masalah bidang yang tidak sesuai dengan aktiviti anda  untuk mendaftar di LHDN dan masalah untuk menggunakan alamat luar dari Sarawak untuk mendaftar di SSM ezBiz. 

Ini bukan bererti tidak ada jalan keluar. Anda boleh menggunakan kaedah sewa alamat.

Antaranya menggunakan alamat yang disediakan oleh Pihak SEDC yang digelar pusat akubator dan bimbingan usahawan (PIBU) dengan kos RM100/sebulan. 

Selain itu, terdapat peniaga yang menawar sewaan alamat dengan harga berbeza mengikut lokasi.

Bagi tidak memeningkan kepala. Terdapat perkhidmatan mendaftar perniagaan dari A-Z. 

Anda hanya perlu menyediakan tunai, salinan kad pengenalan, nama perniagaan dan turun ke pejabat untuk tandatangan pendaftaran perniagaan. 

Tidak perlu risau dengan sewaan alamat atau bidang yang tidak boleh mendaftar menggunakan alamat rumah.

KLIK BUTANG whatsapp di bawah untuk berurusan dengan usahawan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama