MSMES DIGITISE SERIAN MODUL 6: ONBOARDING AND TRAINING TO ECOMMERCE PLATFORM

23 Mac 2024 - Program SME Digitise! yang diadakan di Serian Digital Innovation Hub diteruskan lagi dengan modul yang terakhir iaitu Modul 6: Onboarding and Training to Ecommerce Platform.

Modul 6 terakhir ini dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar yang hebat iaitu Coach Khalik dan Coach Razis dan dibantu oleh Cik Stephanie dan Encik Daniel.


Seramai 25 orang telah menghadiri modul kali ini bagi memperoleh ilmu yang boleh membantu untuk meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran untuk produk mereka. 

Modul ini mengandungi 2 sesi iaitu sesi pagi yang dibimbing oleh Coach Khalik dan sesi tengahari, dibimbing oleh Coach Razis. 



Coach Khalik menerangkan kelebihan dan kegunaan e-commerce platform dalam subjek Challenges and sales processes via Shopee, Features of Shopee Sales System dan Sign up as a Seller On Shopee.



Manakala Coach Razis pula memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan platform e-dagang untuk TikTok dalam subjek Sign Up as a seller on TikTok dan Listing of Products on TikTok.

Objektif modul ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta mengenai kegunaan platform e-dagang iaitu Shopee dan TikTok untuk kegunaan perniagaan.




Coach Khalik dan Coach Razis menerangkan kaedah penggunaan dan kelebihan platform-platform tersebut berikan kepada produk mereka (peserta) sekiranya platform tersebut digunakan sepenuhnya. 

Penerangan yang teliti telah diberikan oleh dua coach tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan menimbulkan salah faham dikalangan peserta. 

Tidak cukup dengan itu, mereka juga melakukan demonstrasi untuk para peserta seperti pendaftaran kedai, produk dan lain-lain yang berkaitan. 



Selain daripada pengenalan kepada penggunaan aplikasi e-commerce tersebut, Para peserta turut membawa produk mereka ke bengkel untuk sesi demonstrasi mendaftarkan produk mereka ke dalam platform tersebut.

Melalui kaedah Show and Tell yang dilakukan oleh Coach Khalik dan Coach Razis ini, para peserta  akan lebih memahami cara-cara untuk mendaftarkan apa sahaja produk baharu yang mereka hasilkan pada masa hadapan. 


Tidak lupa juga dengan perkongsian yang menarik oleh Coach Razis mengenai Affiliate Marketing. 

Secara ringkasnya Affiliate Marketing ialah proses di mana seorang ejen memperoleh komisen untuk memasarkan produk seseorang atau syarikat yang lain.

Ejen tersebut hanya perlu mencari produk yang mereka sukai, kemudian mempromosikan produk tersebut dan memperoleh sebahagian daripada keuntungan daripada setiap jualan yang mereka lakukan.

Diakhiri dengan sesi Coach Razis, modul tersebut berakhir pada jam 4 petang.


E-commerce merujuk kepada aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan yang dilakukan secara dalam talian melalui laman web atau aplikasi mudah alih. Dengan ada nya kemudahan E-Commerce, para peniaga mampu menyasarkan tahap pasaran yang lebih besar dengan pendedahan produk yang lebih luas.



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama