KEKAL SIHAT DENGAN RAHSIA PERUBATAN TRADISIONAL SARAWAK


Bermula daripada nenek saya, yang kemudiannya diwarisi oleh mak saya, dan akhirnya turun kepada saya. 

Saya berminat kerana saya melihat cara mereka berjual. Kaedah jualan orang kampung di mana pelanggan sering mengulangi pesanan dan di masa yang sama.

Apabila diturunkan kepada saya, saya inovasikan dan menjadikan produk saya dikenali oleh ramai. Dengan menukar kaedah pembungkusan dan kaedah jualan.

Jadi bermula pada tahun 2016, saya mula mempunyai kedai dan beralih kepada perniagaan atas talian. 
Sebelum ini, saya menjual dengan cara  kampung, berniaga seperti biasa di gerai-gerai.

 Berpengalaman lebih dari 20 tahun kerana perniagaan ini telah diwariskan dari generasi ke generasi.

 Masalah yang saya atasi dengan produk ini ialah apabila orang yang berpantang ingin makan produk rempah ratus zaman dahulu. Jadi saya ada menyediakan perkhidmatan tersebut. 

Pelanggan saya ramai menyatakan bahawa produk kami lebih sedap daripada rempah ratus lain yang tidak dapat diterima.

Terutamanya majum. Mereka kata majum kami seperti makan coklat, culit-culit jak habis. Norelle ada banyak produk tapi salah satunya saya memfokuskan kepada air masak.

Seperti yang dikatakan oleh orang, air periuk sama dengan air. masak. Ia memberikan pelbagai faedah.
Selain itu, saya ada majum. Majum ini paling laris. Rasanya macam coklat. 

Majum ini juga senang dibawa ke mana-mana. Seterusnya, saya ada manjakani. Saya memasarkan produk manjakani untuk wanita, mereka yang sudah dara, mereka yang sudah tua pun boleh makan.

Paling seronok saya kini turut mengeluarkan coklat yang mengandungi majum. Kepada yang tidak pandai majum, ini jalan penyelesaiannya. Ada coklat, ada majum.

Coklat yang mengandungi manjakani adalah penyelesaian bagi penggemar coklat yang inginkan kebaikan kesihatan. 

Saya juga menyediakan perkhidmatan mandi pengantin tradisional, di mana kita memberikan perkhidmatan mandi pengantin untuk mereka yang ingin menikah atau yang mungkin merasai aura negatif.

Lokasi perniagaan kami terletak di Jalan Sekama, berdepan dengan Lido Star. Kelab Sayang. Kami juga terdapat di tingkat satu dengan nama besar 'Pelangi Dy'. 

Seterusnya saya mempunyai pelbagai pasaran. Alhamdulillah, saya menerima pelanggan dari Brunei, Miri, Sibu, memang meluas. 

Produk kami boleh didapati melalui ejen dan stokis. 

Anda boleh menghubungi kami di HQ Pelangi dy Jalan Seramah atau melalui FB Pelangi Dy atau hubungi nombor telefon kami 0163122455 untuk maklumat lanjut. 

Saya ingin memberikan nasihat kepada usahawan, dan prinsip kami adalah memandang ke depan tanpa menghiraukan gosip yang boleh mengganggu. Terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama