VISI DAN INSPIRASI KABOOM SETELAH TAWAN PUNCAK ARAS LOGIK

Sebagai usahawan anda mungkin pernah berasa buntu dan tidak berdaya untuk berfikir dengan lebih tenang semasa menghadapi cabaran dalam perniagaan. Bagaimana anda harus bertindak? 

Sedih? Kecewa? Marah? Menyendiri? Merudum? Blame game? Give Up? 

Pernahkah anda tahu adanya perkhidmatan coaching oleh Coach Perniagaan yang dapat membantu anda melihat jalan keluar daripada yang anda sedang hadapi?

Mahukah anda jika ada Jurulatih/Coach Perniagaan dapat membantu anda mencipta visi kaboom yang melonjak inspirasi anda melalui kaedah Model Aras Logik (Logical Levels Model)?

Apa itu Model Aras Logik (Logical Levels Model)

Model Aras Logika (LLM) dicipta oleh Robert Dilts, berdasarkan karya Gregory Bateson. Model ini digunakan secara meluas dalam pembangunan diri dan kemajuan perniagaan.

LLM berbentuk piramid dan mempunyai enam aras: bermula dari dasarnya, persekitaran, tingkah laku, pengetahuan dan kemahiran, kepercayaan dan nilai, identiti dan tujuan di puncak piramid.

LLM sebagai alat diagnostik untuk membantu coachee/usahawan sedar akan kedudukan perniagaannya pada keadaan semasa.

LLM juga merupakan alat perancangan untuk menyelongkar sumber-sumber untuk pembangunan misi dan visi perniagaan.

LLM juga digunakan untuk membimbing usahawan dalam merancang perubahan besar yang bermakna dalam peniagaan khasnya dan kehidupan anda umumnya!

Pengaplikasian LLM dalam coaching usahawan.

Pengaplikasian LLM dalam coaching bertujuan membina perubahan positif untuk pertumbuhan dan pembangunan organisasi perniagaan dan kehidupan anda.

LLM sangat praktikal digunakan untuk mengenalpasti keadaan pemimpin dan pasukan perniagaan dan membaiki keadaan jika terdapat kepincangan di mana-mana aras logik.

Proses coaching bermula dengan mengetahui di mana aras operasi perniagaan mereka memerlukan perhatian untuk disantuni.

Kemudian penerokaan di semua aras dalam model ini perlu dilakukan untuk menghasilkan prestasi perniagaan yang lebih mampan daripada sebelumnya.

Proses pencerakinan LLM akan mencipta perubahan bermakna di setiap aras yang boleh mempengaruhi carta organisasi, pentadbiran, dan peranan setiap individu dalam organisasi.




Aras-Aras LLM

Proses coaching boleh bermula dari mana-mana aras dalam piramid LLM namun pencerakinan bermula dari aras teratas - tujuan didapati memberi impak kaboom dalam penghasilan perubahan bermakna.

Jika tiga aras teratas (tujuan, identiti, serta kepercayaan dan nilai) sudah kukuh, semua aras di bawah lebih mudah diurus kerana aras ini adalah tempat visi, misi dan nilai dibangun dan dipasak.

1. Aras Alam Sekitar

Aras alam sekitar menggambarkan susunan fizikal dalam sessuatu perniagaan, seperti pejabatnya, lantai kilang, unit peruncitan, gudang- tempat perniagaan beroperasi.

Ia berkaitan dengan pelbagai pihak berkuasa dengan hubungan- alam sekitar dan operasinya.

Antara soalan yang boleh anda tanyakan ketika mencerakin LLM, contohnya:

1.1 Di manakah anda menjalankan perniagaan?

1.2 Bilakah anda menjalankan perniagaan?

1.3 Dengan siapa anda menjalankan perniagaan?

2. Aras Tingkah Laku

Aras ini merupakan tindakan-tindakan tertentu dalam perniagaan seperti tingkah laku yang jelas nampak dalam perniagaan, dan tingkah laku yang ditetapkan oleh kepimpinan.

Beberapa soalan yang boleh anda tanyakan termasuk:

2.1 Bagaimana anda mengharapkan orang berinteraksi satu sama lain?

2.2 Apakah tingkah laku khusus yang anda mahu lihat dalam perniagaan ini?

2.3 Apa situasi perniagaan dari segi perubahan, penggabungan, pengambilalihan)yang anda jangka?


3. Pengetahuan dan Kemahiran

Aras pengetahuan dan kemahiran merangkumi berilmu dan kecekapan yang diperlukan untuk menghasilkan impak kepada cara orang berkelakuan dalam persekitaran mereka.

Beberapa soalan yang boleh anda tanyakan termasuklah:

3.1 Bagaimana kerja-kerja dilaksanakan?

3.2 Bagaimana anda melatih dan membangunkan orang untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang betul?

3.3 Bagaimana anda menilai kecekapan mereka dari semasa ke semasa?


4. Kepercayaan dan Nilai

Aras kepercayaan dan nilai merangkumi perkara-perkara yang dianggap penting dalam organisasi perniagaan dan individu. 

Makna dan kepentingan berperanan tinggi untuk mendorong fikiran dan emosi seseorang ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan tindakan yang dipilih berbanding yang lain.

Beberapa soalan yang boleh anda tanyakan adalah :

4.1 Mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan?

4.2  Apa pentingnya anda membuat pilihan pekerjaan ini? 

4.3 Mengapa kerjasama/kesetiaan/keseimbangan penting di sini?

5. Aras Identiti 

Aras identiti menggambarkan cara seseorang dan organisasi mempersembahkan kepada dunia luar untuk menerangkan dirinya, tujuannya dan  pasukan di dalamnya menerangkan diri mereka dan peranan mereka secara kolektif - dengan kata lain, siapa mereka?

Soalan yang boleh anda tanyakan:

5.1 Apa identiti individu yang bekerja dalam perniagaan anda? 

5.2 Apa peranan anda dalam tugas yang diamanahkan?

5.3 Apa tanggungjawab anda dalam peranan yang anda sandang?

Aras Tujuan

Aras tujuan adalah tentang hubungan yang lebih meluas di luar perniagaan: bagaimana perniagaan itu berhubung dengan sesuatu di luar dirinya, alasan kehadirannya, dan hubungannya dengan sesuatu yang lebih besar.

Soalan-soalan yang boleh anda tanya termasuk yang berikut:

6.1 Apakah tujuan dan produk perkhidmatan anda di sini?

6.2 Siapa yang pelanggan sasaran mereka mereka?

6.3 Apakah impak produk dan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan mereka.?

Proses Coaching dengan Model Aras Logik

Aras-aras ini saling mempengaruhi dalam kedua-dua arah, tetapi perubahan pada aras yang lebih tinggi dalam model selalu memberikan impak yang lebih besar kepada aras yang lebih rendah.

Untuk melaksanakan proses coaching berasakan Model Aras Logik, coachee perlu bersetuju dan percaya kepada Coach serta berada dalam keadaan tenang dan santai.

Coach boleh menggunakan gambarajah piramid LLM yang diletak atas lantai dan coachee diarah untuk berdiri di aras yang disebut Coach. 

Coach akan mengemukakan soalan yang selari dengan aras dan coachee akan menjawab sambil berdiri di aras dalam gambarajah tadi.

Coach akan meminta coachee untuk beralih ke aras mengikut pautan dengan elemen di aras seterusnya. Ketika proses ini coachee mula tersedar jawapan-jawapannya adalah sumber-sumber dalamannya.

Coaching  juga dapat dilakukan secara berumpulan untuk sesi coaching organisasi. Jika dilakukan secara berpasukan, setiap individu akan menangani aras-aras yang berbeza. 

Di setiap aras, Coach dapat mengenalpasti perkara yang harus diberi perhatian untuk kejayaan organisasi daripada jawapan-jawapan sepasukan Coachee.  

Proses coaching dengan LLM yang berstruktur menghasilkan impak yang tinggi dalam menyemai perubahan minda dan tindakan usahawan dan perniagan mereka. 

Mereka berupaya melihat visi yang jelas dan inspirasi yang bermakna untuk terus yakin dan percaya kejayaan yang diraih.

Setelah menjalani sesi coaching, anda berupaya,

1. Mencpta visi yang jelas dan bermakna.

2. Beridentiti-ada logo untuk mempasak pandangan dan ingatan pengguna/pelanggan.

3. Percaya dan yakin diri dalam nilai yang dipegang.

4. Terus tingkatkan ilmu dan kemahiran secara berterusan 

5.Menjaga tatasusila dan adap, cara pengurusan perniagaan yang mengikut peraturan.

6. Pernyediaan persekitaran pejabat, kilang  dan rumah yang bersih, selesa dan bersistematik.

Kesimpulannya, Coaching LLM telah menyediakan landasan yang berstuktur dan sistematik yang membantu anda memperolehi solusi ketika berhadapan dengan cabaran perusahaan pada masa depan.

Anda tahu dan sedar bahawa,

Kejayaan impian anda bergantung kepada kepastiaan anda membina visi yang benar-benar jelas. 

Keyakinan dan kepercayaan anda kepada kebolehan dan kemahiran yang anda miliki menjadi pasak dan inspirasi untukmencapai kejayaan yang anda impikan.

Pemaknaan yang anda cipta tentang kepentingan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pengguna mewajarkan keputusan yang anda ambil untuk menjadi siapa diri anda hari ini.


FB: Nora Morshidi 
























Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama